30 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Happy birthday to you ◕‿◕

okey entry yang lambat dari orang lain. Kalau da baca dekat twitter, sesungguhnya entry kali ni adalah entry yang paling basi di abad ini. Memang busy. konon dalam hati, alaa belog nanti nanti pon boleh ku merepek di kala sendirian nanti, tapi akhirnya dahku tewas juga. Nak hapdet jugak !

Wishing you a Happy Birthday and many more to come. May the best of your wishes be the least of what you get. This is a special wish for you Abang Dyn >,<

Dengan ucapan yang sekangkang kera tapi penuh bermaksud tu aku tujukan khas buat abang Dyn. Ada kelainan di kala sambutan harijadi kali ni. kenapa lain ehh, mesti lah lain atas sebab abang Dyn la seketul manusia yang pelik kerana, JengJengJeng .

Taraaaa ! Belanja kami makan kepci la! di sini ada kelainan yang melanda ya, si birthday boy yang belanja kami hohoho *gelakkejam*

banyak dan banyak tau dia belanja kami semua. lepas kitorang dah kenyangkan perut yang chomel, dia siap take away lagi untuk seketul ketul penghuni hostel lelaki. Alangkah sucinya hatinya yang suci lagi murni itu. Dalam hati, hohoho dapat jugak kite makan kepci di hujung bulan waktu kayap menjelma. bluerkk >,<

Mana gamba birthday boy ni, ada je dalam memory handpon cikai aku ni. tapi entah kenapa nama pon henpon cikai kan. sejurus aku copy barisan gamba kat atas ni, dengan tidak dirancang USB ni buat hal. mencik. campak USB tepi lemari, esok baru ambik balik -_-

Okey sejurus kami tutup tirai kisah kepci, kitorang terus berahlih ke salah satu warung di seksyen 17, (tak tahu nama kedai) dengan nama makanan di beri yakni nasi pakapau kalau tak salah ejaan -_- sebenarnya nama makanan tu da sebati dengan telinga kitorang, tapi jodoh masih belum bisa ketemukan kami.


Sehingga lah malam birthday abg dyn, mereka cuba tuk ketemu kan kami dengan jodoh yang selama ini dicari haha. Nasi pakapau menjadi menu utama pada malam tu, saja nak mencuba. sesungguhnya kene akui juga yang kitorang memang belum penah jumpa denga nasi ni. kesian pada diri sendiri -_-


Akhirnya, kami tewas juga di gelanggang makanan ni. gila kau, tadi makan kepci. sekarang makan nasi pakapau pulak. sesungguhnya perut choomel saya selalu di ajar untuk beradab. Bukan apa, selalu di ajar untuk reti reti lah rasa kenyang, jangan nak mengisi je kerjanya hehe.

Korang semua yang senasib dengan aku, yang kurang kasih sayang antara diri sendiri dengan makanan, korang boleh cuba okey. Jangan malu. kalau tak tahu wikipedia kan ada, gunakan sebaik mungkin google yang ada okey hikhik. Akhir kata, thanks you abang dyn belanja kitorang. Sampai je rumah terus terlentang kekenyangan. >,<

27 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com cerita dengan mereka. LAGI ! ◕‿◕

seharian tak hapdet semalam, konon tak nak tinggalkan belog kesayangan berdebu. al-maklum la, belog saje yang aku ada untuk dijadikan peneman di kala kerinduan. okey, semalam bukan tak nak hapdet. tapi inilah kisah duka yang aku alami, nak kata penyakit keturunan tidak jugak. ceit !


semalam punya cerita sedih. sesampai je di rumah, selepas berkaraoke bersama Eastinrianz dan macam biasa tema pillowsweetpillow berjalan dengan sempurnanya. rupanya, i close my eye and dreaming tak boleh di jalankan dengan lancar juga sempurna. dushh dushh dekat mata sendiri. okey, kene mengaku jugak. aku la seketul manusia yang susah nak tidur malam di abad ini. -_- kenang nasib.


semalaman menghabiskan masa dengan babak, pusing kiri pusing kanan, terlentang dan tesungkup. Di ikuti lagi dengan adegan yang sama sepanjang malam. pusing kiri pusing kanan, terlentang tersungkup. lalu terus jatuh katil. sakit. -_-


Akhirnya. kata kan saya boleh. yess, saya dah boleh tidur. walaupon waktu tuh dah pukul 10.00am -_- ayam pon dah habes berkokok lalu tarik selimut balik sambung tidur. kesat air mata.


Tak lama pon tidur. tersedar dari mimpi yang tak menjadi akibat dah terang menderang. akhirnya mengaku kalah. bangun tidur bergegas ke bilik mandi. malam pulak ada adegan menonton wayang bersama. ya saya suka, boleh penuhkan masa masa cuti ni dengan bergumbira bersama rakan seperjuangan >,<

Tempat pilihan Oneutama mall, kalau keluar dengan Eastirianz sememangnya di sini menjad pilihan, dah boleh hafal da >,<

Sementara menanti Johnny English bermula, mengambil keputusan memanjakan perut yang chomel dulu. konon malas berjalan jauh, maka A&W antara yang terdekat. okey, buat pertama kali dan terakhirnya kami akan ke sini. malas la nak berceloteh panjang, yang penting saya tidak menggemarkannya -_- fullstop!


Sejurus Johnny English menutup tirai tabir, sambil melihat berketul ketul manusia yang ramai. kami beralih untuk menjadi perempuan melayu terakhir untuk pulang ke rumah dengan jagka masa yang lebih awal dari selalu. hari ni je kot >,<


Okey, nak mengadu nasib boleh kan? harini aku tak bawak kereta. konon kali ni nak jadi boss jugak duduk belakang, ehem ehem. waktu pergi, membonceng kereta recheal beramai-ramai. pabila kepulangan pula, kena membonceng motor nurain yang sedia kala parking dekat Eastin. barbau kesedihan di sini kerana, Nurain memaksa saya naik jugak walaupun kehujanan -_- kejam!


Kenapa tak nak tunggu hujan berhenti dulu baru la kita pulang. mencik ain. kebasahan tahap maksima pabila sampai di rumah. okey, aku perlukan selimut yang gebu kemain untuk membaluti tubuhku yang kudus ini -_-


untuk pengetahuan semua, Johnny English adalah terbaik! sila la bergegas ke panggung wayang ya semua. #kisskiss :)

25 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com a TRUE friends, diperkenalkan ◕‿◕

keinginan nak memperhabeskan rendang waktu menghadiri open house rumah aida ter kentut bantut pabila suasana teranjat gigirl menyelubungi diri ku yang kudus ini huhu. awak main aucak aucak dengan saya ehh incik. ye saya perasan. sesampai je rumah aida terus cuping telinga ku di tarik oleh kawan segila kuh, lalu menyampaikan berita yang aida sedang melayan dua ketul tetamu istimewa di abad ini >,<


maka mood dengan sejurusnya cuba terjun tingkat bawah! lalu cuba meredekan keadaan diri sendiri. apala nasib -_- kau dah tak lama dah pon dyla dekat eastin tuh. jangan nak buat muka tahan muntah kau ye. BE matured. Dengan tidak semena-mena


hye. ini kawan baik saya kenalkan. ecehh nampak tak pretend like nothing happened!


sejurus kemudian, terima kasih aida atas rendang yang di hidangkan. sikit pedas. tapi tetap ade ummph!


Start enjin kereta dah mula ketandusan idea nak ke mana. Tapi saya di temani teman sejati yang tak pernah luput dalam ingatan. dia kata dia rindu saya. ye. saya pon rindu awak Hanna Husna. Jum kita cari tempat yang sesuai untuk sesi meluahkan perasaan. rindu awak lagi SAHABAT -_-

Hanna Husna my best ever ! dia la yang aku duk kenalkan pada barisan rakan kerja aku tadi. Dia cantik? setuju. sebab tuh la dia kawan aku. ecehh


akhirnya idea yang kurang bernas datang tak semena mena. kita lepak dataran la okey jugak kan.

Hanna kate,


Alaa jum la cari tempat yang senang bercerita. banyak bende yang kite nak tahu lagi dan lagi. kenapa nak tahu. sebab dia care bout me. buka saja pasal aku. tapi seketul ketul manusia sekeliling aku semua dia tahu. nampak tak kasih sayang antara kami bagai air di cicang tak akan putus -_-

Terharu atas diri sendiri. rupanya, jasad kita berjauhan tapi hati tetap melekat erat dan mampat. Aku rasa aku la seketul ketul manusia yang bertuah ada engkau wahai sahabat. aku sayang kau. tidak, kami bukan lesbian tapi kami telah di takdirkan untuk berkawan hingga akhirnya. Insyaallah -_-


Mana tidak nya kalau ibu awak kawan dengan mama kita, abang awak kawan dengan abang kita. Adek lelaki awak bakal suami adek perempuan kita. oops salah ! hehe. Dan awak selalunya kawan kita. Amin


Tapi entry ni bukan nak bagi tahu betapa gementarnya saya pabila menatap seketul ketul wajah yang agak di kenali tadi. bukan nak cerita cuping telinga ku di tarik manja. Bukan juga nak cerita pasal rendang. Tapi nak bagi tahu betapa hebadnya kuasa belog terhadap diri sendiri. Ade connection yang kuat antara belog - saya - dan awak ! terharu.


Sampai saja tahap pillowsweetpillow. Terus niat hati nak hapdet belog terjejas. saya perlu tidur awal semalam, walaupon jam sudah menunjukkan 4.00am -_- atas sebab aku morning shift pagi tuh.


By The Way, a TRUE friend you're here till the end. You pull me aside when something ain't right. Talk with me now into the night, till it's alright again -_- #BIGhug !


a million thanks DEARETS

kisKiss

23 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Mungkin ini takdirnya

Di kala typing jam di sudut meja ni menunjukkan dah pukul 05.35am. Hati terasa tenang sedikit demi sedikit selepas buat solat istikharah. Alhamdullilah atas nasihat yang di beri aku cuba tuk lakukan dan pertimbangkan, dalam sujud tadi mengalir jugak air mata yang di tahan seharian. Waktu waktu cenggini baru la aku tahu betapa pentingnya peranan orang sekekeliling, kerana mereka la yang membakar semangat kita tuk lakukan sesuatu. Tanpa korang aku mungkin akan selalunya duduk tersadai di sudut lemari dengan iringan tangisan tak berlagu. sobsob -_-


untuk pengetahuan umum, aku berjaya dapat panggilan dari tempat aku interview a few lastday. Alhamdullilah setakat ni rezeki tuh murah je. Sebab tu jugak kite kena percaya yang rezeki tuh ade di mana mana. Dengan panggilan yang aku dapat tu, aku kena satukan hati dengan perasaan, gunakan sebaik baik akal fikiran yang tuhan kurniakan. Mula buat pengiraan tolak tambah kebaikan dan juga keburukan kalau aku berhenti.


Mungkin atas sebab sebab tuh jugak la membuat fikiran aku bercelaru, di tahannya air mata agar tak gugur ke bumi. Tapi akhirnya.. kesat air mata -_- sobsob.


Resign latter dah cantik berlipat dalam sampul, hanya tunggu masa nak letakkan. mungkin esok -_- Aku la seketul ketul manusia yang masih tak boleh percaya aku bakal tinggalkan Eastin Hotel tuh tak lama lagi. Sekarang dengan rasminya aku akan jadi pekerja cemerlang balik. Ya percaya la. Pengakuan ini hanya mengandungi 40% auta . 60% selebihnya aku akan cuba lakukan yang terbaik.

Dengan harapan nak tinggalkan Eastin dengan penuh senyuman. Kalau boleh tak nak simpan musuh lama sangat nanti berkulat tak di jaga selama ketiadaan aku nanti. mula turun naik jari kira berapa kesemua musuh aku. kalau ada -_-


Kepada barisan musuh musuh aku, sila simpan segala tohmahan anda terhadap saya. ecehh macam banyak sangat dah musuh aku. teruk. semua tuh adalah auta semata mata. Waktu hujung hujung khidmat aku ni la aku nak berbuat baik dengan semua orang, kalau boleh biar ikatan persahabatan tuh kekal. Insyaallah.


Dengan penuh harapan, kedatangan ku di sana nanti diterima baik oleh kalian. okey la dah nak azan subuh. aku solat dulu. bye


Harapan menggungung tinggi

22 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com My First Interview ◕‿◕

kekadang kita tak tahu apa yang akan berlaku pada kita suatu masa nanti, kekadang kita pasti terpikirkan suatu masa yang tak pasti nanti di mana kita semua akan berada kan. adakah kita masih terus begini dan terus begini. seribu satu tanda tanya :)


macam aku jugak, aku selalu duk tongkat dagu tepi tingkap sambil kira bintang di langit dan hati mula la mengomel apa nak jadi dengan kau dyla, apa yang kau cari sebenarnya di dunia ni. dan macam biasa soalan yang aku sendiri creat tapi aku sendiri tak boleh nak bagi jawapan yang gila tepat dan padat. dah selalu dah -_-


Dan hari ni aku kuatkan iman, tinggikan semangat dan berlawan dengan parasaan nerbes. Aku yakin apa yang kau buat selalunya itu yang tepat, sebelum keluar rumah mintak restu dengan mama. sesungguhnya aku berharap apa yang aku buat hari ni aku tak kan menyesal di kemudiaan hari. Insyaalah.


YES, im on interview today

mulakan langkah dengan kaki kanan, mulakan kata-kata dengan Bismillah :) insyaallah semuanya kan baik-baik saja. kali ni aku pergi mencuba nasib dengan Fyna cousin segila ku dan di temani oleh Aida . Nerbes Nerbess Nerbesss ! dah lama kot tak interview cenggini, last interview satu tahun lebih yang lepas dekat Eastin Hotel. wuhuu

dari kiri, Cik Aidawila. ME and Fyna

ini lah gelagat aku dengan aida sementara menunggu turn Fyna di temuduga :) Aida yang setia menanti dan mencuba menghilangkan nerbes yang menyelubungi kami dikala itu. A million THANKS babe, wuhuu -_-

Tengok tuh aida duk berposing dengan salah sorang staff dekat situ. dari enviromentnya and disebalik takbir staff kat situ dorang semuanya tiada masalah. still boleh masuk kepala wehh ! tak tahu lah kalau aku yang banyak mulut ke kan

Apapon doakan saya ye, saya bukan lah dah tak berminat nak terus berbakti pada Eastin Hotel tuh. tapi sejujurnya saya dah mula terasa saya patot move on. Bagi saya apa yang pernah berlaku dengan segala adegan kat Eastin tuh biarlah semuanya berlalu dan saya perlukan perubahan.


Tapi kalau dah ditakdirkan jodoh saya dengan Eastin masih panjang dan bertahun lamanya, nak buat macam mana kan dah itu di tentukan olehnya. kita sebagai manusia biasa yang hanya mampu merancang tapi DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. insyaalah -_-


WISH ME LUCK DEAREST -_-

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Genting Hinghland trip ◕‿◕

Manusia kena tahu bukan sahaja panas membuat kita tak mampu nak tarik nafas yang ke seratus lima puluh juta kali dekat dunia ni, tapi kesejukan juga menjadi penghalang utama untuk kita tarik lalu melepakan nafas panjang yang ke seratus lima puluh enam ribu kali tahu. seketul ketul manusia zaman sekarang ni hanya pandai mempertikaikan tahap suhu udara dekat malaysia ni, tapi tak pandai besyukur macam aku. kalau la korang duduk dekat kutub utara sana, agaknya hari hari duduk bawah selimut gebu kemain sampai tak keluar langsung kan. sampai nak kunyah batang buruk kecintaan pon dah tak ternganga agaknya. seram -_-


fakta untuk diri sendiri, sampai je puncak Genting Highland kemarin, mula la mulut tak reti nak tutup.

wehh sejuknya, wehh pinjam la sweater tak romantik la kau ni, wehh jum la p minum milo panas, wehh tutup la aircond ni, wehh peluk la aku rapat rapat dan rapat lagi. ceitt! berdosa tahu !

haa tenyata tak mulut aku ni tak berhenti henti exercise.

lepas je snap pict ni terkinja kinja nak tengok, lepas tu. *tangan kau ni tak bedung la, kape tak jelas tuh!*

Plan yang tidak dirancang sama sekali ni menyebabkan aku gagal membawa sweater bulu bulu aku, lalu dengan pantas buat memek muka paling sedih lagi cute di abad ini dan bersuara pada salah seorang ahli club *kite sejuk...kite tak boleh nak gerak da ni. kape tak romantik ni, bagi la pinjam sweater tuuuu* dan saya berjaya. suka! >,<

p/s : pesanan untuk diri sendiri serta umum, kalau nak buat sesuatu tuh biarlah dirancang. kalau tak jadi macam kami la membeku dalam sedar haha. sampai nak twet twet dekat TWITLIFE aku pon selalu je pending, atas sebab utama jari jemari kekerasan tahap maksima. kasihan TWITLIFE aku di pinggirkan sementara waktu *kesat air mata* -_-


Apapon cerita Raya Tak Jadi TAK BEST ! oke bye #BIGhug

21 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com 'wordless Wednesday' #4 My Second Interview on last Monday

p/s : First interview dah creat entry tapi nanti la publish ya >,<


*On wednesday all over the internet , blogger post a photograpy with no word to explain it on their blog. hence the 'wordless' tittle. The idea is that the photo itself says so much that it doesn't need any description . hanya gambar sudah cukup menjelaskan semuanya :)

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com jangan lah kamu bermusuh ◕‿◕

manusia kan selalunya memang tak boleh ubah sifat ego yang melangit tinggi tuh.. kadang kadang masalah yang kita alami tu tak ada la besar mana pon, tak mencacat celekan soal hidup mati kita pon, tapi dalam hati "kalau awak tak nak kawan kita tak apa, kita masih boleh hidup tanpa awak la" ecehh semuanya hanya kerana? ya ego yang melampau.. tuhan marah actualy hambanya ada perasaan cenggini buruk rupa tau, bila nak campak jauh jauh perangai buruk tu.. tahu memang tak boleh kan -_-


Bila ada salah paham je automatik "kau jangan tegur aku" tapi bila tak bertegur mula la, aku tak nak makan, aku pon tak nak keluar, aku nak duduk dalam bilik je, aku nak nyuruk celah lemari, batang buruk kecintaan pon sanggup di tolak nya ke tepi. sebab apa? sebab kau dah tak ada mood nak jadi manusia bertamadun kan. eceh esok lusa bila dah elok, mula la. takyah la makan batang buruk kecintaan aku, pastu tak habis habis mama nak keluar pergi sini kejap, mama nak keluar pergi sana kejap, mama bosan la duduk dalam bilik je (padahal kalau sedih tak nak keluar lemari)


bukan nak tujukan pada sesiapa, tapi memang dah fakta untuk diri aku sendiri.. sensitif itu sememangnya aku, kalau merajuk aku la orang nya, kalau menitiskan air mata aku la penghulunya. tapi marah aku tak lama pon asal kau ada rasa nak minta maaf.. aku dengan sepantas kilat akan muka tak bersalah tegur kau sendiri. tapi kalau dah duduk satu meja makan asyik hang bahan aku, pastu aku bahan hang, apakah kesudahan untuk itu. kejam. tau kau pon rindu aku kan.. malu lettew -_-

gambar hiasan semata mata >,<


okey, hari ni plan melepak antara sahabat sahabat kembali bermula, bila tadi dah mintak mintak maaf, siap cium pipi kanan dan kiri lagi tu. bukan setakat tuh, siap main laga laga hidung tahu. cubit cubit hidung dengan manja sekali gitu . ecehh. (bermusuh itu adalah pekara yang tak mulia, jadi jauhkan la dari sifat sifat yang dilarang oleh Allah)


macam biasa la kan, farah ferer, leeya, nurain dan juga saya di uptown Damansara tu lagi. pakcik jual chiken chop tuh kalau rasa dah muak tengok muka kitorang ni, sila la ambil baldi ni ya. hihihi *gelak tutup mulut gitu* tak ketinggalan jugak lepak sekali dengan Group Eastinrianz and bekas Eastirianz pon ada. Hari ni tak ada tangkap gambar sebab ramai sangat tak muat nak masuk camera cikai aku ni.


p/s : apa pon detik dan saat itu adalah detik untuk seluruh tubuh aku menggeletar. dah stop. malas nak cerita kenapa. okey bye

18 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com topic kawan saya

hai kengkawan dyla yang secantik cantik wanita, yang sekacak kacak lelaki idaman masa depan. entry kali ni tak perlu sangat nak menaip panjang lebar cecah lantai. tak perlu idea yang melimpah ruah ke ladang gandum. cuma perlu tambahkan sedikit kasih sayang terhadap entry ini. ye kasih sayang itu penting.


ingat dulu masa kecik kecik dyla dulu, asal bergaduh sikit dengan kawan kelas tadika, mula la, bak kepala awak, pastu tulis kat dahi alif lam lam ha. kalau awak tipu awak berdosa tahu, kalau mak saya tahu awak tipu nanti mak saya tak bagi saya kawan dengan awak. pastu baru la, sambil kesat air mata, saya tak nak masuk neraka. saya mintak maaf saya nak pinjam je bukan nak curi. haa tak gitu ke kalau gegadoh dulu dulu.


tapi sekarang zaman dah berubah kan. tak tahu la sebab kita rasa kita dah besar kemain ke kan, asal gadoh ngan kawan mula la, tak nak kawan up to you tak heran pon. dah takde dah macam dulu nak main tulis tulis alif lam lam ha kan.

sebab musabab sifat ego masing masing mula tingginya mengalahkan tiang elektrik tak gitu. tapi dalam hati, sampai hati -_- walau macam mana pon, kawan ni pon ibarat keluarga kita. asal dah tertulis yang aku kawan kau sampai ke liang lahad. selang beberapa hari kendian baik la tuh. al-maklum la dalam hati ada rindu, ecehh


tapi hidup ni kita kene betol betol pandai memilih kawan, bukan nak suruh korang pilih kawan yang se-hot hot air dalam cerek tuh, tapi memilih kawan juga adalah cara terbaik untuk korang menjadi manusia yang bertamadun. ye semua tuh atas keinginan masing masing. tapi kalau dah seketul ketul kawan korang semua pemusnah masa depan sendiri. tak ke korang pon akan terjebak. mengaku jela >,<


KAWAN dan SAHABAT sebenarnya ada perbezaan antara dua perkataan tuh. tapi nanti la kita sambung ye, aku nak terus terkinja kinja dengar lagu kecintaan ni >,<


LAGU SEDIH by VIP



VIP VIP babeh
Selalunya haruku tak sebegitu biru
Selangkah pun tak lah terasa begitu jauh
Ku di sini tapi fikiran entah ke mana
Jiwa yang terganggu buat aku tersedar

Semua kerna kau dah hilang dari pangkuanku

[KORUS]
DJ putarkanlah lagu cinta
Dedikasi kepadanya
Kerana kan aku merindu dia yang menjauh
Putarkanlah lagu cinta untuk ku melayan jiwa
Andai dia tidak kembali
Minta tujukanku lagu sedih
Tujukanku... lagu sedih

Apa mungkin dia sedang mendengar di sana
Dibelenggu kesepian atau sudah lupa
Walau aku cuba berganjak meneruskan hari
Tapi hati masih berpaut semalam lagi

Semua kerna kau dh hilang dari pangkuanku

p/s : hari ni dyla tipu lagi, kata entry paling pendek di abad ni. tapi >,<

17 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Bersyukurlah Atas Kurniaan Rezekimu

kunun kata, aku la ciptaan Allah yang paling busy di kala sepanjang shift malam ni, di siang harinya nak terlentang kekenyangan dengan habeskan batang buruk seharian >,< di kala malam menjelma pula aku perlu paksa kederat untuk terus bekerja mencari rezeki seharian. tapi tiap tiap hari ada je entry aku yang berlumba masuk dashboard korang kan.


mungkin betol la, dyla dan belog tidak dapat lagi dipisahkan *syabas*


sebelum on lappy ni aku dah angkat tangan berikar lalu berjanji yang aku nak type entry terpendek di abad ini. sewaktu typing ini juga aku la seketul ketul hamba Allah yang dalam kegumbiraan kerana pepagi lagi dapat puaskan halkum dengan hidangan laksa terbaik buatan kakak ipar aku hehe >,< perut choomel yang saje aku kosongkan dan peramkan dari malam tadi hanya kerana terbayangkan laksa dekat rumah nun. wehuuu


dah lama tak makan laksa buatan sendiri, asyik muka aku je la dekat 223 tuh hampir manusia dekat situ ingat aku la penjual laksa yang sebenar di kala tuh. mana tak nya dah kalau muka kau dan kau je tiap hari -_-Alhamdullilah, terbonjol kegirangan anak tekak ku hehe !

p/s : sesungguhnya kita harus besyukur akan kurniaan rezeki yang tuhan berikan untuk kita, Janganla kita tamak dan membazir. makan ikut la sekadar berapa inci perut anda yang dah ditetapkan. haruslah kita ingat bahawasanya masih ada mereka yang memerlukan dari kita di muka bumi ini >,<


berhenti sebelum kenyang

15 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Very Happy Birthday Mama ◕‿◕

Seperti tiap-tiap tahun sebelum, malam birthday mama kitorang akan buat suprice untuk mama, and macam biasa juga lah mama tak sah kalau tak mengalirkan air mata. wahh sayu lerr tuh :P hehe

Dihidangkan dengan ice cream cake hasil pembelanjaan saya. ecehh konon ler tuh. tapi memang aku yang offer diri tuk belikan cake and kakak ipar aku and abang aku plan buat masak-masak and menu utama laksa. nyummy! laksa lagi? nak buat acane kan dah itu adalah menu utama keluarga kami hehe


My respect for you is no different than your love for me, without boundaries. You are my crowning support and the best thing that i own. You care, love and teach. You are protactive and supportive. You make me a proud person. May you continue to live a joyul life fo all the years to come. I love you and wish you are very HAPPY BIRTHDAY MAMA ! #heart


p/s: minta maaf untuk pihak Eastin sebab saya terpaksa Medical Leave untuk shift malam tuh. terima kasih yang tak terhingga untuk sesiapa yang terpaksa menggantikan shift saya malam tuh juga. terima kasih #heart

13 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com bila kesunyian menyelubungi diri

lepas ni dah tak boleh nak post entri seratus lima puluh juta kali macam selalu. bermulanya 14hb ni dah mula shift malam, so the whole night akan habeskan masa di eastin hotel sampai terbitnya matahari. dan siangnya nak habeskan masa kunyah batang buruk sampai terlentang atas katil :) hehe


bila kerja malam mata kenyit-kenyit mintak pejam. tapi bila dekat rumah jenguk belog sampai azan subuh pon tak apa. dah selalu dah -_-


jarang bila hari cuti aku duduk posing depan lappy dengan pelbagai cara sepanjang hari sebegini rupa. hari ni tak ada pape plan pon dalam otak, sebab hari ni hari hilang mood sedunia. masa-masa macam ni baru lah aku tak paham, kenapa kerajaan benarkan rakyatnya belajar jajauh dari keluarga tercinta. (soalan tak masuk akal)-_-


untuk pengetahuan umum mungkin sekarang mama kecintaan, abang dan adek-adek baru je parking kereta depan hostel adek aku yang terletak di kelantan. mungkin di sebabkan keadaan berjauhan ni membuatkan mood aku lari sekali ke kelantan nun jauh di sana. (mungkin jugak adek aku dah suruk mood aku dalam bagasi dia yang besar gedabak tu)


adek-adek aku ibarat permata hati bagi aku. tapi kekadang macam magic show pon ade, sebab bila dekat ada bau belacan dan bila jauh mula la harum semerbak laksa menusuk ke kalbu. waktu tuh baru la frust menonggeng tanya soklan bodoh. (kape korang nak balik dah. kape , kape ! )


baru aku tahu perasaan si bongsu duduk kat rumah tanpa adek. sobsob -_-


apapon pesanan ringkas untuk adek-adek aku. belajar rerajin. ingat mungkin ada sebab mama hantar korang belajar jejauh. sebab mama nak korang jadi manusia yang bertamadun *jangan ikut jejak langkah kakak mu ini*


drive carefully abang yong. suruh mama cepat balik dyla lapar. huhu

saya nak gula-gula kapas saya tuh!


p/s : dyla akan kesunyian selepas ni, terima kasih. huhuhu

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com dylalola is listening ◕‿◕

siapa tak kenal Selena Gomez kan. dan kini aku mula meminati beliau dengan bermulanya kedengaran lagu ini. lagu yang penuh dengan makna lah awak semua. jum repeat dan repeat jum . HWO SAYS #heart


I'm no beauty queen, I'm just beautiful me

You got every right to a beautiful life, come on



I wouldn't wanna be anybody else, hey

You made me insecure, to me I wasn't good enough


But who are you to judge

When you're a diamond in the rough


I'm sure you got some things

You'd like to change about yourself

But when it comes to me

I wouldn't want to be anybody else


I'm no beauty queen, I'm just beautiful me

You got every right to a beautiful life, come on


Who says, who says you're not perfect

Who says you're not worth it

Who says you're the only one that's hurting

Trust me that's the price of beauty

Who says you're not pretty

Who says you're not beautiful, who says?


It's such a funny thing

How nothing's funny when it's you

You tell 'em what you mean

But they keep whitin' out the the truth


It's like the work of art

That never get to see the light

Keep you beneath the stars

Won't let you touch the sky


I'm no beauty queen, I'm just beautiful me

You got every right to a beautiful life, come on


Who says you're not star potential

Who says you're not presidential

Who says you can't be in movies

Listen to me, listen to me


Who says you don't pass the test

Who says you can't be the best

Who said, who said?

Would you tell me who said that, yeah

Who said

11 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com aktiviti pertama yang ohhsem ◕‿◕

wahai teman yang ku kasihi
kamu lah teman terbaik bagi ku
meskipun waktu akan terhenti
hanya satu yang aku harapkan
agar hubungan yang kita cipta
tidak akan pudar di telan zaman..

"sketsaT.E.N.T.A.N.G S.A.H.A.B.A.T"

Rasanya dah terlalu lama menyepi dengan entri berkasih sesama sahabat seperjuangan, permulaan entry dengan sesusun ayat jiwang untuk menusuk ke kalbu orang ramai. dah lama kan tak type entri tentang sahabat yang konon nya untuk dunia ku dan akhirat ku ada kamu jua *muntah !

kerana sahabat juga la dahku sanggup drive sampai ke gombak nun tak jauh mana tuh hanya kerana ingin ber-meet-up bersama lagi. kini dahku bekorban bersusah sikit drive jejauh sikit, sifat bersimpati pada farah dengan ziera kini meninggi. celamak, bila lagi kami pulak yang datang lepak tempat korang kan kan *jongket kening*
tengok gambar ice cream ni pon rasanya korang dah tau kan kami kini di mana hehe
ice room kini masih menjadi pilihan kami lah. mari kita nongkrong-nongkrong mari hehe (tanya bibik awak kalau tak paham) :)
celamak. ada macam gadis kampung baju kurung bunga-bunga kecik tak? ada tak. sebenarnya kami terpegun dengan hidangan yang farah order. siap ada teko lagi. cute pulak tuh haha
alahai la kakak. nape monyok je ni? oke saya ada jawapan, sebab kakak tak sihat kan kan. tapi ziera stil bersemangat nak lepak sama. gila appreciate lah kawan ! terima kasih yang tak terhingga untuk awak sampai ke seberang sana tahu ! #heart
mari-mari ikut kami mempromosikan iklan untuk ice room ni. katakan ku mahu pada ice room. said. hehe
perjumpaan yang dirancang ni pon sebenarnya lebih kepada nak discuss tentang planning kami semua. waktu dan jadual-jadual semua nak di iruskan dengan segera :) takut nanti ada yang tertinggal dari list kan da susah nak patah balik haha. lagipon kite punya leader dah tak lama dekat ibu kota ni, lepas ni da nak kene mulakan sem baru. *sayuuu*
discussing ni pon sebenarnya banyak mende lagi yang tak sempat lagi na dibentangkan. nurain pon tak join waktu ni hanya kami ber-empat je. konon alasan mengantuk. tapi bila kitorang semua dah bersemangat hirup ice cream memasing, baru la dye kata nak ikut. aish. tarik telinga aen tu jejauh nanti tau ler haha !
kesian ziera waktu ni kan. asal nak bercakap je di potong oleh leeya ni hah (saya pon sekali) haha ! bab kata ziera kalau ada la samurai kat tangan dye di waktu ini, tau la apa nasib kami haha ! ziera rupanya awak ni kelakar la. awak punya imginasi tuh dari tinggi dari kami kan kan. bluerk :D

kunun nya malan lepaking ni tak boleh balik lelewat sebab esok nak campak lemak di tepian tasik titiwangsa. timbus terus lemak tuh biar di makan dek cacing haha. tapi saya still tak boleh balik sebab nak kene teman nurain pulak tambah lemak. see you tomorrow gugurl. celek siket. jangan bangun lambat tahu (pesanan yang bertubi-tubi)! haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola