12 July 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com blackberry messenger ◕‿◕

ape yang best berBBM (blackberry messenger) ? biase je kot same je macam kau dok berM (message) :D tapi kelebihan dye lebih mungkin di sebabkan kite bole bergossip free , send pic free , send video free , send lagu pon free and paling besh aku suka part voice note membebel la kau sorang2 selagi kau mampu :) hahah ta pon kekadang jadi sakai jup dok berlawan2 PING!
berlaga-laga pingg masing2 kan tak nak kalah :P
haha ! ni la dye dok pingg aku tak henti2 ! isshh
and this is mine ! haha , mcm biase aku tak mungkin kalah ! bia la lebam tangan sekali pon aku tetap pertahankan kemenangan aku *muntah :P
sorry yang kat atas tuh bukan name sebenar oke , dye famous sgt artis pulak takut nak tonjolkan kat umum :)

btw sebenarnye aku ni da lari tajuk ! entry kali ni bukan la nak cite pasal pingg pingg ! tuh just iklan sampingan je :) aku nak share ngan korang words ni yang aku pon receive dari member bbm aku , mybe ade antara korang dah pernah bace kot kan . tapi tape bace sekali lagi sekadar renungan bersama . lets check it out ◕‿◕

Jika kamu memancing ikan
Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu..
Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja
Kerana ia akan SAKIT oleh kerana biasanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akanMENDERITA selagi ia masih hidup.

Begitu juga

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN
kepada seseorang
Setelah ia mula MENYAYANGIMU, hendaklah kamu MENJAGA hatinya
Janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapatMELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu.

Jika kamu menadah air, biarlah berpada
Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh
Cukuplah sekadar KEPERLUANmu
Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.
Akhirnya ia dibuang
Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan
lagi.

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,
TERIMALAH seadanya
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
ISTIMEWA
Anggaplah dia manusia biasa.
Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya
Akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA, boleh
jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya.

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti
baik untuk dirimu
Mengenyangkan Berkhasiat
Mengapa kamu berlengah cuba mencari makanan yang lain.
Terlalu ingin mengejar kelazatan
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak
boleh memakannya
Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang
yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU
MENGASIHIMU

Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA
dengan yang lain
Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain.
Kita sebagai manusia kadangnya tidak peka dengan apa yang berlaku disekeliling kita. Kita tidak peka dengan kehendak dan harapan orang lain sehingga ada yang cuma mementingkan diri sendiri dengan menidakkan kepentingan malah perasaan orang lain.

Kita kerap melakukan kesilapan dalam membuat keputusan. Mungkin kerana kita tidak berfikir panjang, kita tidak mahu beralah, terlalu menurut kata hati, tamak dan sebagainya yang akhirnya mewujudkan kekecewaan dalam diri kita sendiri yang kadangnya boleh menimbulkan penyesalan yang tidak berkesudahan.
Dari itu semoga nukilan ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita tentang apa sering kita abaikan atau terlepas pandang dalam kehidupan ini.

renung-renungkan la :)
oke bye nak download lagu pulak :)
iloveyouguys !
salam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola