31 August 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com tangan bunga-bunga cinta ◕‿◕

(bangun tidur) mamaa !! kenapa dengan tangan dyla ni . kenapa. kenapa. dyla nak minta ampun dengan mama kalau ade buat salah dengan mama. kenapa tangan dyla ade bunga-bunga cinta ni. siapa yang menconteng arang dekat tangan dyla ni. siapa yang mengahwini dahku semalam. siapa. (meraung-raung hilang arah) celamakk! ape ni tot suka buat orang gabra la tott ! haha itu hanya lah skrip rekaan semata *muntah
sebelah tangan saya dan sebelah kakak ipar isteri kepada abang saya haha!

bukan nk cerita apapon dengan skrip berpanjang lebar tuh. nak cerita tentang tangan ku di corak bunga-bunga cinta oleh misha omar. ecehh ada hati nak mintak misha omar buat lukisan bunga mengembang ditaman pulak ! haha . xtualy korang lihat la tangan dahku yang mengalahkan orang nak jadi raja sehari ni, padahal nak raya je pon tott :P (semangat kesukanan betol)
buat kat mana? kenapa nak try ke? lawo ehh ? ehh idok ler lawo mana pon tapi nampak macam minah bunga tuh ade ler sikit kan. alaa buat ni pon bukan nya dirancang pon. malam raya tuh 1 Big family melepaskan gian untuk kali terakhir before menjelmanya syawal. so kami beramai memeriahkan lagi keadaan Jalan Tar yang dah cukup huru hara tuh. so bila semua dah complete sesaje ler teman berhenti berehat dengan bebunga ni (takde la eksaited raya mana pong)
After that berjalan lagi dengan dengan tangan berinai tuh. asal ade yang tolak aku dalam keadaan yang sesak tuh. aku pon apa lagi kan, hey jangan tolak bolehkan ! kau nampak ni? nak aku sental tepat kat muka kau ! (sambil tnjuk tangan) jangan memain dengan aku ehh ! *tetibe semua diam macam ada agung datang membeli belah sekali pulak* haha !
see dah jadi pon , bila kelemasan dah sampai aku terus je basuh inai tuh. lagipon nak tolong mama masak rendang lagi, nak letak pulut dalam ketupat lagi, nak masukkan kueh dakam balang lagi. kang tak beraya pulak esok kalau dyla tak duk tolong dekat dapur tuh (perasan)
tengok muka domokun - dylaikun tuh. garang habes macam saya kan. haha dye cute wehh ! dye selalu tau senyum ngan aku bila memalam aku duk tidur sesorang. tak percaya sudah! tiap malam dye akan bangun dari tempat dye tuh than lompat terus kisskiss saya tahu. tapi time ni je dia buat muka sebab saya ganggu dia tidur di tengah malam cenggini ! soorry domokun, dylaikun janji lepas snap ni dylaikun tutup lampu oke . (tengok dye da senyum sambil peace lagi) haha!

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Family in purple theme ◕‿◕

alhamdulillah selesai hari raya pertama , pejam celik duduk baring saya pon dah nak mula bekerja balik. alahai lemah iman bila tengok calender saya dah nak mulakan balik hidup yang penuh pancaroba tuh. (eastin semakin membosankan) oke dah . sorry bukan nak cerita pasal start kerja, tapi nak cerita kisah hari raya pertama kami sekeluarga *muka bahagia*
ehh macam mana hari raya korang, mesti happening gilak kan . sampai rasa nak guling-guling kegirangan dapat duit raya. sampai rasa nak cepuk muka sendiri tak percaya bila tengok diri sendiri pakai baju raya baru lawa kemain kan. paling tak rasa nak suruk semua kueh raya dalam lemari biar semua orang xboleh makan (macam saya suruk kueh batang buruk saya)
kitorang sambut syawal ni sederhana je tak ada lah macam orang lain yang sampai baju raya berbelas pasang sebab teruja dekat jalan tar 3pasang rm100 tak habis di guna sampai sembulan syawal. bagi saya cukup sekadar besederhana kita meraikan hari raya, tak perlu kot sampai rasa nak berlawan-lawan dengan jiran sebelah yang lampu liplap saya lagi cantik dari cik kiah sebelah rumah . celamakk berdosa habes tahu megah diri macam tu.


family in purple theme adalah tema warna pilihan kami sekerluarga untuk tahun ni, senang pergi mana-mana nanti orang tau kau anak siapa dan siapa, so takde la kes hilang anak berlaku di waktu orang tengak sesak nafas nak telan lemang cicah rendang kan. lets tengok entry yang bergunung dengan gambor :)
my BIG family yang saya kecintaan, kenapa baju papa jadi warna biru kata papa. entah cahaya kot kata dahku ! (turut tertanya kenapa dalam hati)
bagi saya sangat banyak perubahan dan kelainan raya saya wehh. saya beli baju raya sendiri tanpa mintak mama dengan papa seposen yang halal, malah saya siap belanja papa sepasang baju melayu ungu. saya bukan tadah tangan untuk dapat duet raya, tapi saya hulur tangan untuk memberi duit raya *muka bangga* sapa nak duet raya silalah datang ke rumah, tapi hanya untuk 20 tahun ke bawah dan tidak bekerja oke! *sila datang dengan sijil beranak senang nak tahu siapa yang layak* wekwek (kedekut)
kesengalan abang kuh kini teserlah haha !

jum katakan ramai-ramai saya amat teringin nak makan nasi putih letak udang masak sambal dengan sayur campur, haishh ke mana saja kaki melangkah pasti menghadap ketupat dan lemang cicah rendang *menangis*

setelah entry keampunan ku pohon dah puas dahku menyusun sepuluh jari mintak maaf dekat semua belah pihak, kali izinkan saya bersimpul sambil menyusun sepuluh jari meminta maaf buat kali kedua, maafkan la segala kesalahan saya yang sengaja mahupon tidak disengaja kan. sesungguhnya saya hanya insan biasa yang selalu melakukan kesilapan.

selamat meraikan hari raya anda denga penuh kegirangan .
Minal Ai'din Wal'faizin
*kiss kiss*
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola