30 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Happy birthday to you ◕‿◕

okey entry yang lambat dari orang lain. Kalau da baca dekat twitter, sesungguhnya entry kali ni adalah entry yang paling basi di abad ini. Memang busy. konon dalam hati, alaa belog nanti nanti pon boleh ku merepek di kala sendirian nanti, tapi akhirnya dahku tewas juga. Nak hapdet jugak !

Wishing you a Happy Birthday and many more to come. May the best of your wishes be the least of what you get. This is a special wish for you Abang Dyn >,<

Dengan ucapan yang sekangkang kera tapi penuh bermaksud tu aku tujukan khas buat abang Dyn. Ada kelainan di kala sambutan harijadi kali ni. kenapa lain ehh, mesti lah lain atas sebab abang Dyn la seketul manusia yang pelik kerana, JengJengJeng .

Taraaaa ! Belanja kami makan kepci la! di sini ada kelainan yang melanda ya, si birthday boy yang belanja kami hohoho *gelakkejam*

banyak dan banyak tau dia belanja kami semua. lepas kitorang dah kenyangkan perut yang chomel, dia siap take away lagi untuk seketul ketul penghuni hostel lelaki. Alangkah sucinya hatinya yang suci lagi murni itu. Dalam hati, hohoho dapat jugak kite makan kepci di hujung bulan waktu kayap menjelma. bluerkk >,<

Mana gamba birthday boy ni, ada je dalam memory handpon cikai aku ni. tapi entah kenapa nama pon henpon cikai kan. sejurus aku copy barisan gamba kat atas ni, dengan tidak dirancang USB ni buat hal. mencik. campak USB tepi lemari, esok baru ambik balik -_-

Okey sejurus kami tutup tirai kisah kepci, kitorang terus berahlih ke salah satu warung di seksyen 17, (tak tahu nama kedai) dengan nama makanan di beri yakni nasi pakapau kalau tak salah ejaan -_- sebenarnya nama makanan tu da sebati dengan telinga kitorang, tapi jodoh masih belum bisa ketemukan kami.


Sehingga lah malam birthday abg dyn, mereka cuba tuk ketemu kan kami dengan jodoh yang selama ini dicari haha. Nasi pakapau menjadi menu utama pada malam tu, saja nak mencuba. sesungguhnya kene akui juga yang kitorang memang belum penah jumpa denga nasi ni. kesian pada diri sendiri -_-


Akhirnya, kami tewas juga di gelanggang makanan ni. gila kau, tadi makan kepci. sekarang makan nasi pakapau pulak. sesungguhnya perut choomel saya selalu di ajar untuk beradab. Bukan apa, selalu di ajar untuk reti reti lah rasa kenyang, jangan nak mengisi je kerjanya hehe.

Korang semua yang senasib dengan aku, yang kurang kasih sayang antara diri sendiri dengan makanan, korang boleh cuba okey. Jangan malu. kalau tak tahu wikipedia kan ada, gunakan sebaik mungkin google yang ada okey hikhik. Akhir kata, thanks you abang dyn belanja kitorang. Sampai je rumah terus terlentang kekenyangan. >,<

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola