"WORDLESS WEDNESDAY #5 RINDU MELAKA TRIP"
"WORDLESS WEDNESDAY #5 RINDU MELAKA TRIP"
Kini boleh berlagak macam wanita yang bekerjaya je kan. Kunun kerja office hour ler ni, dapat cuti time public holiday muahaha! Harini je pon. Nak jugak tengok kemeriahan Batu Cave nun, tapi tak ada teman la. Hoho >,<
Semalam habes je kerja terus lepak wz Aidien is my new *kelik. Aku ikut je kemana di culik, and akhirnya Idaman Corner menjadi tempat pilihan. Waktu tuh perlu wa akui yang gua 150juta% membuat kenyataan dusta belaka. Yakni waktu tuh gua perlu menjadi pendengar setia segala luahan hati yang si rakan kongsikan. Cerita dia gila buat wa tahan air mata dari tergelongsor di pipi.
Wa kene berlagak kuat, untuk dia rasa dia boleh bertahan. Walaupon kenyataan sebenar wa sendiri tak mampu tanggung kalau wa kat tempat dia -_-
Waktu tuh baru lah aku menggunakan sepenuhnya pemikiran yang di kurniakan. Baru nak celik biji mata seluas mungkin, kalau boleh sampai terbonjol pon tak apa. Yang sebenarnya jangan kita fikir ujian yang Tuhan beri pada kita adalah teramat besar untuk kita, Padahal di luar sana lagi sebesar nya ujian yang orang lain tanggung lebih dari kita.
Dulu aku selalu salahkan diri sendiri, sepuk muka sendiri berkali-kali sebab tuduh diri sendiri adalah pembawa malang. Tapi bila kita bercampur dengan dunia luar, waktu tuh baru lah nak sedar sendiri, ada hamba Allah yang lebih teruk dugaan nya lebih dari diri sendiri -_-
Bersyukurlah. Sesungguhnya Tuhan memberi kita ujian, itu kerana Tuhan sayangkan kita. Tak boleh nak nafikan jugak yang kekadang aku sendiri tak tertanggung. Ambik posisi jauh dari sudut katil, selungkup diri sendiri dalam selimut gebu mahupon dalam lemari sambil menangis.
KENAPA KAU BUAT MACAM NI, KENAPA MESTI AKU ! *hentakhentak kaki cinderella sendiri*
Apa yang aku cuba bebelkan adalah, beringat la bahawasanya lagi ramai manusia sejagat di luar sana yang dugaannya lagi besar dari kita. Bersabar la wahai hati T__T Duhai hati yang di uji, sabarlah, kuatlah, bertahanlah dan tabahlah. Ingatla selalu, Allah takkan menguji dengan sia-sia, dan kesenangan itu pasti hadir selepas kesulitan. Berbaik sangka dengan Dia, serta yakin selalu bahawa tiada siapa yang dapat memberi jaminan bahagia melainkan Allah Azza Wa Jalla.
Indahnya hidup bertuhan kan Allah