29 October 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com percaya diri sendiri

nak cerita pasal pagi tadi, dalam lingkungan 6.15am hingga 6.20am. Tak lebih tak kurang


***


Selimut gebu adalah punca segala segala kejadian. Nak salahkan bantal lembut bulu-bulu pink tak jugak. Sebab bila di awal tidur je memang dyla akan peluk mampat-mampat takkan lepas takut dek hantu bawah katil suruk, tapi bila 40minit berjalan dengan lancar sambil berdengkur lena, tak salah dan tak bukan lagi yang bantal bul-bulu tuh akan berjalan terkedek-kedek nyuruk bawah kati. *lasak tak lasak la kan*


Jadi selimut gebu akan dyla salahkan kurang lebih pada 53% yang menyebabkan dyla terbabas tak sedarkan diri -,- Dalam samar-samar, panjangkan tangan capai jam bulat lagi cute atas meja kecil sebelah katil. Hamboi nampak je jarum panjang nun duk setia dekat nombor 4, lintang pukang terjun dari katil tanpa pikir takut pendek umur.


Percaya tak duduk dalam bilik air kurang dari 5minit, mana tidaknya, mandi dengan kadar segera. Buih sabun pon tak lebih dari 5 belon. Betul. ini memang fakta, Mandi mengalahkan kambing biri-biri. memang tak cool. Gara-gara nak palmprint sebelum pukul 7.00.


Esok je la panaskan enjin kereta, sebab harini memang da lambat. Rembat ketera mengalahkan michael schumacher. tak pernah-pernah selama kerja One World ni nak ikut tol, harini bajed kaya walau gaji belum masuk. Nak ikut tol.


Sampai di tempat kejadian, semangat tanpa pandang kiri kanan terus masuk tol, Al-maklum jenis diri tak reti nak redha yang diri memang bakal lambat. Sampai tol buat muka bajed hulur rm1.50 dekat kakak sebelah. Dalam hati kape nye di tutup tingkap tu. blur. Duk aku ketuk-ketuk tingkap cermin sendiri, harap la kakak kurang pendengaran dan penglihatan tu perasan kewujudan dyla dekat situ.


Hamboi, betul-betul mencabar keimanan. Tak tahu eh yang saya dah lambat. Kalau saya tak lambat takkan saya nak ikut tol ni. okey fine, nak cube periksa dari jarak lebih dekat. Baru dyla jejakkan kaki kanan atas jalan raya. tetiba satu kepala keluar dari tingkap nun.


"sorry ya cik, kaunter tutup lagi. tak nampak eh merah lagi dekat atas tuh. Boleh pergi kaunter sebelah ye"


ha? eh. er er. Tutup eh? Tapi boleh bagi tahu dari tadi kan ?! konon tak puas hati

*siap beliau berpaling muka, kami bertentang mata*


Kalau tak pikir da lambat, sampai aku tekan minyak lebih dari 100, memang aku korek-korek biji mata kau. Berkhemah sikit boleh kan. *walau diri sendiri memang salah -_-*


Dyla dah hilang arah tujuan hidup. "Apakah ini balasan sebab keluar rumah tanpa solat subuh? atau suruk-suruk ambik yogurt mama dalam peti sejuk masuk beg?" wuu


Tapi tuhan masih sayangkan dyla, sampai parking. terkedek-kedek nak lari ke staff entrance, dari jauh aida my *kelik da tersenyum sipu da. Katanya "awal sampai?" -_-


p/s : okey tahniah untuk berjaya tipu diri sendiri. Dyla lupa yang sememangnya segala jam kepunyaan dyla, dengan automatiknya akan dyla pusingkan cepat 32minit. Bukan 10 atau 15 ye, tapi 32minit >,< err. Akhirnya, inilah yang terjadi. bedak secalit pon tak sempat nak di tabur kat muka.


Lain kali kita kena percaya pada diri sendiri. Biar la jam tuh tepat-tepat tanpa sesaat pon di cepatkan, kalau dah memang ada confident atas diri sendiri. Sesaat pon kita takkan kelewatan -,-


Bye !

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Tatkala cuba menerangkan maksud disebalik lagu

Saat Kau Pergi - by Vagetoz



Saat kau pergi

Berlinanglah air mataku

Betapa cinta ku rasakan

Kebahagiaan itu

Kini lenyaplah sudah

harus la sang lelaki tahu bahawasanya, wanita adalah manusia yang paling dusta di muka bumi ini sewaktu wanita mengeluarkan perkataan "jangan cari saya lagi"kerana perkataan yang mungkin tidak sampai sejengkal, tetapi perkataan ini ibarat membunuh diri sendiri pabila diluahkan pada sang tercinta.

Tak pernah ku inginkan

Perpisahan ini terjadi

Ku hanya bisa merelakan

Jika memang kau pikir

Ini lah yang terbaik

seluruh rakyat jelata tak pernah impikan perpisahan, melepaskan sesuatu yang bermakna dalam hidup adalah suatu pekara yang tidak akan dilakukan. Tetapi pabila terjadi harus la kita menyedari, membenarkan seseorang untuk singgah kedalam hidup kita beerti kita harus bersedia seseorang itu pergi dari hidup kita -_-
tetapi #andai sang lelaki tahu >,<


Tak perlu kau beri alasan

Mengapa kau ingin pergi meninggalkan diriku

Karena ku yakin mungkin semuanya itu bisa

Membuatmu bahagia

Perpisahan adalah jalan terakhir yang dipilih jika sebuah perhubungan tidak mampu diteruskan lagi. Setiap kenangan yang dicipta adalah bersama, mustahil andai sang lelaki tak boleh melupakan tetapi sang wanita hanya mengambil masa 150juta saat untuk melupakan. Kuatnya kenangan yang tersimpan dalam hati sang lelaki adalah sekuat itu juga kenangan yang terpenda dalam hati sang wanita.

Andai sang wanita berkata yang ia sudah melupakan,itu adalah terselit dalam file AUTA. percaya lah yang sang wanita tidak akan pernah sekali terhenti untuk memikirkan sang lelaki -,-

Sepenuhnya ku menyadari

Bahwa cinta itu tak mesti harus memiliki

Namun ku akan terus selalu menyayangimu

Setulusnya hati

Cinta yang bertahun di bina, tidak semestinya akan berakhir di jinjang pelamin. Segala jodoh dan ajal dah pon ditentukan oleh NYA. Kita hanya merancang tapi semuanya dah pon ditentukan oleh Allah.

p/s : kalau di fahamkan balik lirik lagu ni, lebih kepada sang wanita minta dilepaskan. Dan sang lelaki cuba beri tahu sang wanita minta perpisahan atas dasar sang wanita lakukan demi kebahagiaan sendiri.


DUSTA ! cuba tengok balik video tuh. Andai sang wanita buat demi kebahagiaan sendiri, dia takkan menanges sampai kering air mata. Itu beerti sang wanita melakukan atas keterpaksaan, bukan keinginan diri sendiri. Ntah la aku tengok video tuh pon aku paham yang perempuan tuh sendiri tak mampu nak lepaskan sang lelaki. Tapi lelaki tuh pulak ibarat merelakan!! Konon pasrah dengan perpisahan ? Kalau betol kau sayang perempuan tuh, Kau xkan biarkan dia pergi. Andai tetapi perpisahan tuh adalah untuk kebahagian diri kau sendiri yang sememamngnya kau yang menantikan =)


Sorry kepada yang membaca, mungkin sewaktu membaca ada yang tertanya-tanya, kenapa la si dylalola ni rajin sangat nak menterjemahkan maksud lagu ni. HAHA dengan jawapan yang simple saja suka-suka. Sebab aku dah mula jatuh cinta dengan lagu ni =) *alasan tak boleh terima* muahahaa !


Dah la nak tidur, esok kerja pagi

terima kasih untuk lagu ni, saya suka !

okey bye !

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola