11 October 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Hari Pertama Di Melaka =)


assalamualaikum semua,


Akhirnya. sampai juga ke tanah kolompo tempat tumbesaran dahku. hoho bajed macam perantau ke negeri China pulak. Setelah membuat keputusan untuk membuat entry terbajed semalam. konon sebab nak mendapatkan rehat yang secukupnya. Harini dyla nak ajak seluruh rakyat jelata, mengadap lappy memasing sambil tangan menyuap buah epal merah, auuww! dan mata menatap seketul seketul perkataan yang di taip khas oleh saya hihi.


Tak kira. Nak kongsi cerita di sebalik kisah Melaka bandar besejarah dengan you olls jugak =) Dengan entry yang berjuta lemon dengan gambar, harap u olls semua terkesima sebentar dengan keindahan wajah saya percutian kami. hihik. Saje nak bagi u olls jelous =p muahaha ! *gelak syaiton*


Seperti di dalam awal perancangan, satu kereta bertolak awal pagi untuk check in kan hotel yang sudah di booking dari awal. Dan satu kereta lagi bertolak di lewat petang, di atas sebab musabab yang tidak dapat di elakkan.

Ini lah muka yang terpilih, yang konon bertolak di awal pagi. Ada perkataan konon ya di situ. Jadi paham paham je lah ya. hihi >,<

Seperti biasa, inilah muka muka pemandu kita. Dan besebelahan pemandu itulah Co-pilot kita ya. Yang konon bertanggungjawap atas semua kesulitan jalanraya. ecehh nampak tak ada perkataan konon tuh lagi. So paham la sendiri ye. hihi

Okey harap maklum. In adalah muka sewaktu kami masih lagi berada di dalam kawasan. Tu yang muka gila nampak eciiitedd tuh hoho.

Dan kalau da mulanya perjalanan panjang. Dengan secara aitomatik tanpa di suruh, kami akan jadi seperti ini. Muka eciitedd tadi ntah celah mana menyuruk dah. haha =D

Setibanya kami di Melaka! Muka yang sememeh kepenatan tadi terus hilang wehh wa kata lu. Sume dah mula datang eciitedd balik.


"Wehh, kita dah sampai Melaka la. wewiitt la! seronoknya kitaaaa. Boleh tak benti kejap, Kita nak keluar kereta kejap la . Nak terkinja kegirangan !! Kita nak pijak tanah melaka kejap, nak rasa sama tak macam tanah kolompo. Lembut lagi ke atau keras lagi. hohoho "


Nampak tak semengat yang di pendem sekian lama. Kini tak boleh tertanggung lagi. muahahah!

Berhenti berehat sebentar di petronas Ayer Keroh, sementara menanti ketibaan rakan semontot faiz yang sememangnya menetap di Melaka Bandar Besejarah ni. Dan dia juga akan menjadi pemandu pelancong tak berbayar kami, selama penetapan kami di Melaka. hohoho >,<

Setibanya di Straits Meridian Hotel, Melaka =)

Konon terus bergambar tanda sampai nya kami di sini. Rasa macam nak cepuk muka sendiri macam tak percaya, Plan yang di rancang sebulan lepas, kini menjadi kenyataan. Percutian selama 3hari 2malam ni, betol betol kami nak pergunakan dengan sebenar benarnya. Sound like good huh *muntah*

"Okey yang ni pulak, Nama saya gedik tapi orang panggil saya lulu. ehem ehem malu la kita =p Kalau nak paling sempurna gunalah cara abang paiz. Dia panggil nama manja saya ialah LULUMAN. hoho. siapa ikut cara abang paiz dia kejam kejam kejam sebanyak 150juta kali kejam. muahahah! "

Sila abaikan muka sememeh kami ini. hohoho !

Bila da siap semua bahagian check in, dapat je kunci terus masuk bilik. Mula mula berebut, yang bilik cantik sikit ni bilik perempuan okey ! Yang bilik buruk ni bilik lelaki. Haha padahal sama je pon, takde sikit pon kelainan haaha! Saje je pon. Dengki sebenarnya =p

Aku ngan leeya lagi la macam orang tak pernah jumpa katil. Masuk bilik terus campak beg entah kemana, pastu apa lagi. Terkinja la weh. Melompat lompat atas katil sambil ulang perkataan yang sama "yeah yeah kami dah sampai, Yeah yeah kami dah sampai" muahaha jakun habes.


Sementara menunggu ketibaan lagi sebijik kereta, apa lagi jum la turun cari kedai makan. kelaparam -,- Lepas makan terus terjun Pool ! wehuuu. sory sebab tak ada album untuk swimmingpool, sebab dah tak terpikir nak bawa cemara cikai dah time tuh. Yang kitorang tahu nak berendam je ! hoho


Aktiviti malam setibanya lagi satu kumpulan =)

Untuk aktiviti makan malam pulak, pemandu pelancong terbaik di abad ini bawak kami mencuba di Umbai Melaka ni, konon inilah kedai ikan bakar pilihan sekitar Melaka. Memandai je aku ni. Kalau korang pon tak pasti. Sila la Google okey ! =)

Aktiviti seterusnya, balik hotel bersiap untuk funtion seterusnya. Sebelum begerak ke Melaka ni. Dah berkijang kijang plan kitorang atur, So cuba memenuhi segala plan. Ini juga adalah salah satu dari pilihan. huhu Gila The Ohhsemm !

Apa nama tempat ni ehh, aku pon da lupa hihi. Yang penting tiba masa untuk melepaskan tension, melepaskan kentut yang tersimpan, melepaskan dendam di hati, juga melepaskan sangap yang menguasai diri. Kalau la lelakimasadepan tahu, itu ibarat aku rendam muka aku sendiri dalam air hoho!

Auuwww ! My girlfriends. Weewitt la. Gila hott kau hihi. Na signnn bole =)) Ecehh mula la perasan Diva, kawan aku sorang ni. Tak boleh puji lebihh, takut nanti shortpant yang dia pakai tu terus je tak muat dengan serta merta. hohoho. oopss maaf *mukabaik*

Ehhem Ziera, Awak pegang air apa tuh ? hihi No worries No alcohol okey ! Tiada minuman keras di benarkan selama kami berada di Melaka ni. Tempat orang, sila jaga tatasusila pesan mama =)


Akhirnya, tiba masa untuk bercinta dengan tilam dan selimut yang gila the gebu tuh. Air-cond yang sampai menusuk tulang hitam tu, terasa macam tak nak bangun sampai check out time, muahahaha !


Da la kene masuk tidur, esok pagi nak berebut pergi coffehouse. Trademark siapa cepat dia dapat adalah simbul utama. Mana tak nya. Semuanya ada 10orang, tapi hanya di beri complimentary breakfirst untuk empat orang. kejam. Mencik hotel ni -,-


Jum ikut esok pulak, Siapa yang dapat breakfirst hoho

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola