Di kala typing jam di sudut meja ni menunjukkan dah pukul 05.35am. Hati terasa tenang sedikit demi sedikit selepas buat solat istikharah. Alhamdullilah atas nasihat yang di beri aku cuba tuk lakukan dan pertimbangkan, dalam sujud tadi mengalir jugak air mata yang di tahan seharian. Waktu waktu cenggini baru la aku tahu betapa pentingnya peranan orang sekekeliling, kerana mereka la yang membakar semangat kita tuk lakukan sesuatu. Tanpa korang aku mungkin akan selalunya duduk tersadai di sudut lemari dengan iringan tangisan tak berlagu. sobsob -_-
untuk pengetahuan umum, aku berjaya dapat panggilan dari tempat aku interview a few lastday. Alhamdullilah setakat ni rezeki tuh murah je. Sebab tu jugak kite kena percaya yang rezeki tuh ade di mana mana. Dengan panggilan yang aku dapat tu, aku kena satukan hati dengan perasaan, gunakan sebaik baik akal fikiran yang tuhan kurniakan. Mula buat pengiraan tolak tambah kebaikan dan juga keburukan kalau aku berhenti.
Mungkin atas sebab sebab tuh jugak la membuat fikiran aku bercelaru, di tahannya air mata agar tak gugur ke bumi. Tapi akhirnya.. kesat air mata -_- sobsob.
Resign latter dah cantik berlipat dalam sampul, hanya tunggu masa nak letakkan. mungkin esok -_- Aku la seketul ketul manusia yang masih tak boleh percaya aku bakal tinggalkan Eastin Hotel tuh tak lama lagi. Sekarang dengan rasminya aku akan jadi pekerja cemerlang balik. Ya percaya la. Pengakuan ini hanya mengandungi 40% auta . 60% selebihnya aku akan cuba lakukan yang terbaik.
Dengan harapan nak tinggalkan Eastin dengan penuh senyuman. Kalau boleh tak nak simpan musuh lama sangat nanti berkulat tak di jaga selama ketiadaan aku nanti. mula turun naik jari kira berapa kesemua musuh aku. kalau ada -_-
Kepada barisan musuh musuh aku, sila simpan segala tohmahan anda terhadap saya. ecehh macam banyak sangat dah musuh aku. teruk. semua tuh adalah auta semata mata. Waktu hujung hujung khidmat aku ni la aku nak berbuat baik dengan semua orang, kalau boleh biar ikatan persahabatan tuh kekal. Insyaallah.
Dengan penuh harapan, kedatangan ku di sana nanti diterima baik oleh kalian. okey la dah nak azan subuh. aku solat dulu. bye
Harapan menggungung tinggi