lepas ni dah tak boleh nak post entri seratus lima puluh juta kali macam selalu. bermulanya 14hb ni dah mula shift malam, so the whole night akan habeskan masa di eastin hotel sampai terbitnya matahari. dan siangnya nak habeskan masa kunyah batang buruk sampai terlentang atas katil :) hehe
bila kerja malam mata kenyit-kenyit mintak pejam. tapi bila dekat rumah jenguk belog sampai azan subuh pon tak apa. dah selalu dah -_-
jarang bila hari cuti aku duduk posing depan lappy dengan pelbagai cara sepanjang hari sebegini rupa. hari ni tak ada pape plan pon dalam otak, sebab hari ni hari hilang mood sedunia. masa-masa macam ni baru lah aku tak paham, kenapa kerajaan benarkan rakyatnya belajar jajauh dari keluarga tercinta. (soalan tak masuk akal)-_-
untuk pengetahuan umum mungkin sekarang mama kecintaan, abang dan adek-adek baru je parking kereta depan hostel adek aku yang terletak di kelantan. mungkin di sebabkan keadaan berjauhan ni membuatkan mood aku lari sekali ke kelantan nun jauh di sana. (mungkin jugak adek aku dah suruk mood aku dalam bagasi dia yang besar gedabak tu)
adek-adek aku ibarat permata hati bagi aku. tapi kekadang macam magic show pon ade, sebab bila dekat ada bau belacan dan bila jauh mula la harum semerbak laksa menusuk ke kalbu. waktu tuh baru la frust menonggeng tanya soklan bodoh. (kape korang nak balik dah. kape , kape ! )
baru aku tahu perasaan si bongsu duduk kat rumah tanpa adek. sobsob -_-
apapon pesanan ringkas untuk adek-adek aku. belajar rerajin. ingat mungkin ada sebab mama hantar korang belajar jejauh. sebab mama nak korang jadi manusia yang bertamadun *jangan ikut jejak langkah kakak mu ini*
saya nak gula-gula kapas saya tuh!
p/s : dyla akan kesunyian selepas ni, terima kasih. huhuhu
No comments:
Post a Comment