22 September 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com My First Interview ◕‿◕

kekadang kita tak tahu apa yang akan berlaku pada kita suatu masa nanti, kekadang kita pasti terpikirkan suatu masa yang tak pasti nanti di mana kita semua akan berada kan. adakah kita masih terus begini dan terus begini. seribu satu tanda tanya :)


macam aku jugak, aku selalu duk tongkat dagu tepi tingkap sambil kira bintang di langit dan hati mula la mengomel apa nak jadi dengan kau dyla, apa yang kau cari sebenarnya di dunia ni. dan macam biasa soalan yang aku sendiri creat tapi aku sendiri tak boleh nak bagi jawapan yang gila tepat dan padat. dah selalu dah -_-


Dan hari ni aku kuatkan iman, tinggikan semangat dan berlawan dengan parasaan nerbes. Aku yakin apa yang kau buat selalunya itu yang tepat, sebelum keluar rumah mintak restu dengan mama. sesungguhnya aku berharap apa yang aku buat hari ni aku tak kan menyesal di kemudiaan hari. Insyaalah.


YES, im on interview today

mulakan langkah dengan kaki kanan, mulakan kata-kata dengan Bismillah :) insyaallah semuanya kan baik-baik saja. kali ni aku pergi mencuba nasib dengan Fyna cousin segila ku dan di temani oleh Aida . Nerbes Nerbess Nerbesss ! dah lama kot tak interview cenggini, last interview satu tahun lebih yang lepas dekat Eastin Hotel. wuhuu

dari kiri, Cik Aidawila. ME and Fyna

ini lah gelagat aku dengan aida sementara menunggu turn Fyna di temuduga :) Aida yang setia menanti dan mencuba menghilangkan nerbes yang menyelubungi kami dikala itu. A million THANKS babe, wuhuu -_-

Tengok tuh aida duk berposing dengan salah sorang staff dekat situ. dari enviromentnya and disebalik takbir staff kat situ dorang semuanya tiada masalah. still boleh masuk kepala wehh ! tak tahu lah kalau aku yang banyak mulut ke kan

Apapon doakan saya ye, saya bukan lah dah tak berminat nak terus berbakti pada Eastin Hotel tuh. tapi sejujurnya saya dah mula terasa saya patot move on. Bagi saya apa yang pernah berlaku dengan segala adegan kat Eastin tuh biarlah semuanya berlalu dan saya perlukan perubahan.


Tapi kalau dah ditakdirkan jodoh saya dengan Eastin masih panjang dan bertahun lamanya, nak buat macam mana kan dah itu di tentukan olehnya. kita sebagai manusia biasa yang hanya mampu merancang tapi DIA yang maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. insyaalah -_-


WISH ME LUCK DEAREST -_-

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Genting Hinghland trip ◕‿◕

Manusia kena tahu bukan sahaja panas membuat kita tak mampu nak tarik nafas yang ke seratus lima puluh juta kali dekat dunia ni, tapi kesejukan juga menjadi penghalang utama untuk kita tarik lalu melepakan nafas panjang yang ke seratus lima puluh enam ribu kali tahu. seketul ketul manusia zaman sekarang ni hanya pandai mempertikaikan tahap suhu udara dekat malaysia ni, tapi tak pandai besyukur macam aku. kalau la korang duduk dekat kutub utara sana, agaknya hari hari duduk bawah selimut gebu kemain sampai tak keluar langsung kan. sampai nak kunyah batang buruk kecintaan pon dah tak ternganga agaknya. seram -_-


fakta untuk diri sendiri, sampai je puncak Genting Highland kemarin, mula la mulut tak reti nak tutup.

wehh sejuknya, wehh pinjam la sweater tak romantik la kau ni, wehh jum la p minum milo panas, wehh tutup la aircond ni, wehh peluk la aku rapat rapat dan rapat lagi. ceitt! berdosa tahu !

haa tenyata tak mulut aku ni tak berhenti henti exercise.

lepas je snap pict ni terkinja kinja nak tengok, lepas tu. *tangan kau ni tak bedung la, kape tak jelas tuh!*

Plan yang tidak dirancang sama sekali ni menyebabkan aku gagal membawa sweater bulu bulu aku, lalu dengan pantas buat memek muka paling sedih lagi cute di abad ini dan bersuara pada salah seorang ahli club *kite sejuk...kite tak boleh nak gerak da ni. kape tak romantik ni, bagi la pinjam sweater tuuuu* dan saya berjaya. suka! >,<

p/s : pesanan untuk diri sendiri serta umum, kalau nak buat sesuatu tuh biarlah dirancang. kalau tak jadi macam kami la membeku dalam sedar haha. sampai nak twet twet dekat TWITLIFE aku pon selalu je pending, atas sebab utama jari jemari kekerasan tahap maksima. kasihan TWITLIFE aku di pinggirkan sementara waktu *kesat air mata* -_-


Apapon cerita Raya Tak Jadi TAK BEST ! oke bye #BIGhug

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola