tahukah anda bahawasanya manusia mempunya lain-lain minat mahupun kecintaan terhadap makanan dan juga terhadap seseorang. ecehh cerita macam nak buat wawancara kan #muntah !
okey mulakan mengomel dengan gambar tutti frutti kecintaan !
harus ada keiklasan 100% pengakuan,yang hujung tahun yakni di bulan December penutup segala tahun ni, saya dah berhempas pulas sedaya upaya melayan kehendak isi perut sendiri =) Apa lagi kalau bukan bertutti frutti dengan segala umat kesayangan !
Berasa beruntung dapat kawan yang gila sekepala! Dah lama dah tahu, tapi baru harini nah dedahkan kepada semua kaum. hihik :D pentingnya kalian dalam hidup bagai pentingnya tiap minggu nak kena singgah tutti frutti tahu ! Korang pelbagai ragam, sama je dengan tutti frutti pelbagai flavor =p
Nampak tak kesengalan kami di situ ! muahaha ! Mengakui selama saya bukan lagi bergelar Pekerja contoh Eastin Hotel, jarang sekali dapat meng-free kan diri lepaking with kengkawan macam dulu, tiap saat dan ketika pasti bersama kan ! wehh serious dulu kita semua #ohhsem ! Rindu saat segila *lap air mata*
Tak kira paksa diri jugak nak hanging-Out bersama, biar badai datang melanda asal kau ku temui ! ecehh ! Rindu dah tak bisa di pedam lagi. Than bila dah bertemu kembali, cenggini la jadinya. Nak mengaku di sini, sebenarnya kami memang #sweet tahu ! haha. tak percaya couple la dulu. Muahaha !
Dengan saksi cinta si tutti frutti, harap persahabatan kita selamanya terjalin =) walau kau dan aku kini tidak bersatu jasad, tapi hati kita selalu dekat kan kan ! *cepat angkat tangan ikrar* ecehh
walaupon kita jauh di mata Dyla pasrah dengan ujian ini. Redha itu ikhlas menerima, pasrah tu, berserah! kata Mila Ombak Rindu. oo. maaf. mood Ombak Rindu tak habis lagi.