31 August 2011

Family in purple theme ◕‿◕

alhamdulillah selesai hari raya pertama , pejam celik duduk baring saya pon dah nak mula bekerja balik. alahai lemah iman bila tengok calender saya dah nak mulakan balik hidup yang penuh pancaroba tuh. (eastin semakin membosankan) oke dah . sorry bukan nak cerita pasal start kerja, tapi nak cerita kisah hari raya pertama kami sekeluarga *muka bahagia*
ehh macam mana hari raya korang, mesti happening gilak kan . sampai rasa nak guling-guling kegirangan dapat duit raya. sampai rasa nak cepuk muka sendiri tak percaya bila tengok diri sendiri pakai baju raya baru lawa kemain kan. paling tak rasa nak suruk semua kueh raya dalam lemari biar semua orang xboleh makan (macam saya suruk kueh batang buruk saya)
kitorang sambut syawal ni sederhana je tak ada lah macam orang lain yang sampai baju raya berbelas pasang sebab teruja dekat jalan tar 3pasang rm100 tak habis di guna sampai sembulan syawal. bagi saya cukup sekadar besederhana kita meraikan hari raya, tak perlu kot sampai rasa nak berlawan-lawan dengan jiran sebelah yang lampu liplap saya lagi cantik dari cik kiah sebelah rumah . celamakk berdosa habes tahu megah diri macam tu.


family in purple theme adalah tema warna pilihan kami sekerluarga untuk tahun ni, senang pergi mana-mana nanti orang tau kau anak siapa dan siapa, so takde la kes hilang anak berlaku di waktu orang tengak sesak nafas nak telan lemang cicah rendang kan. lets tengok entry yang bergunung dengan gambor :)
my BIG family yang saya kecintaan, kenapa baju papa jadi warna biru kata papa. entah cahaya kot kata dahku ! (turut tertanya kenapa dalam hati)
bagi saya sangat banyak perubahan dan kelainan raya saya wehh. saya beli baju raya sendiri tanpa mintak mama dengan papa seposen yang halal, malah saya siap belanja papa sepasang baju melayu ungu. saya bukan tadah tangan untuk dapat duet raya, tapi saya hulur tangan untuk memberi duit raya *muka bangga* sapa nak duet raya silalah datang ke rumah, tapi hanya untuk 20 tahun ke bawah dan tidak bekerja oke! *sila datang dengan sijil beranak senang nak tahu siapa yang layak* wekwek (kedekut)
kesengalan abang kuh kini teserlah haha !

jum katakan ramai-ramai saya amat teringin nak makan nasi putih letak udang masak sambal dengan sayur campur, haishh ke mana saja kaki melangkah pasti menghadap ketupat dan lemang cicah rendang *menangis*

setelah entry keampunan ku pohon dah puas dahku menyusun sepuluh jari mintak maaf dekat semua belah pihak, kali izinkan saya bersimpul sambil menyusun sepuluh jari meminta maaf buat kali kedua, maafkan la segala kesalahan saya yang sengaja mahupon tidak disengaja kan. sesungguhnya saya hanya insan biasa yang selalu melakukan kesilapan.

selamat meraikan hari raya anda denga penuh kegirangan .
Minal Ai'din Wal'faizin
*kiss kiss*

3 comments:

Unknown said...

saya suke inai kat tangan kamu tu:D selamat hari raya :D

Anonymous said...

thanks babe , me too hehe

dylalola said...

alamak acane nak raya sakan tu :D oke sre . tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola