06 October 2011

Tatkala aku Superb Busy

Apa kita nak buat di kala saat bosan tahap maksima menyelebungi seketul diri sendiri? kalau bagi aku soalan senang tanpa berfikir ni, sudah tentu sekali aku akan jawap dengan penuh muka berlagak sambil tenang.


kalau saya bosan saya akan masuk bilik air, bukan untuk mandi tapi masuk bilik air semata mata untuk menyanyi lagu Aishiteru. tak pon nyanyian penuh merdu lagu hatiku milikmu. (sambil berangan macam dalam bilik karaoke) hihik. Asal bosan, aku suka ambil telepon cikai kesayangan sumbat eyefone, lalu dengan pantas tekat butang untuk play. Sudah tentu satu lagu dengar, tapi repeat sampai 150 juta kali. Dah tahu da. Kalau aku bosan, dah tentu aku akan guling ke kiri, lalu tukar arah guling ke kanan, lakukan berkali kali sehingga la, gedebuk. Jatuh katil.


Tapi malang untuk diri sendiri, aku dah lama tak lakukan pekara terbaik di abad ini dalam kadar terdekat ni. Sibuk sangat, sampai tak ada masa lagi nak menyanyi dalam bilik air sambil botol syampoo jadi mike crafon. Dah tak ada masa lagi nak rasa tersepuk diri sendiri jatuh katil, angkara main guling guling. Tatkala menaip ni pon. Macam perasaan baru lahir tu tetibe wujud, tak ada idea langsung nak hapdet mengenai apa. ceit ! Busy kemain konon.


Tak dinafikan juga, walau terasa macam diri ini adalah seketul ketul perdana menteri perempuan bertama di abad ini. Tapi masa untuk di luangkan bersama teman sejagat tak akan di lepaskan. Teman ohh teman, mereka juga penghibur di kala duka. Rasa macam nak peluk korang, dukung lalu seludup masuk bilik. sembunyi korang dalam lemari. Biar tak kemana. Nanti kita boleh chitchat tak kira masa. Rindu lagi -_-

Waktu bersama Eastinanz melawat Zaki yang cacat montot at Specialist Damansara. hihik =p

Suka waktu ni. agak agak korang tengok cara kitorang pegang kayu alahh tu, kitorang boleh kalahkan Wu Chia Ching tak? *muntah! sapa percaya dia kene Boooo okey, sebab salah sama sekali haha!

Waktu ni bukan berlawan suara, tapi berlawan siapa paling hebad untuk di gelar Raja Gelek! haha! **oi, nak nyanyi ke nak berlagak macam dalam clubbin** hoho

Gambar terpilih ini pulak, waktu dalam tandas bowling at OneUtama. masih lagi bersama Eastinianz =) memusing seharian hanya kerana na cari kasut kerja baru. haha! After that lepak-ing at Kota Damansara pulak. haish ! ni yang malas nak hapdet lelambat ni. Banyak sangat cerita yang gila Superb The Ohhsem nak di kongsikan. Mencik ! -_-


Mungkin ini jugak entry terakhir untuk minggu ni, kalau sempat kita sambung lagi esok ehh. Kalau tak sempat maknanya waktu tu kitorang dah tak ada dalam Kolompo lagi. celamak, bunyik macam la nak merantau jauh kemain kan. kitorang nak kemana, dengan siapa dan bagaimana. Nanti lah ehh aku sambung lepas honeymoon tuh nanti. ecehh.


p/s : Apapon doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik. Insyaallah >,<

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola