06 September 2011

Malam Pilihan Malam Kenangan ◕‿◕

sempat lagi tak nak berkongsi kisah malam pilihan ni? bende nye dah lama berlalu tapi aku baru je terkedek-kedek meniarap mulakan cerita. kalau dulu pantang ada yang terlintas dekat organ otak terus je nak hapdet. tapi sekarang bende yang memang dah berlaku in realiti pon masih bergunung tingginya memikirkan nak hapdet ape ehh. ouhh bulan bintang, di mana hilangnya seribu satu rahsia idea menaip, siapa curi sila la pulangkan *macam dah lupa diri, rupanya diri ini adalah tuan kepada belog*

habes cerita kisah tutti frutti berlalu, ada pulak sesi perjumpaan sahabat handai. ecehh rindu wehh. apa lagi kan berpeluk cium kiss sini sana la. nampak tak yang kami suka bebeno bila berjumpa. dah dahku kata jodoh kita memang liat susah nak kabur kan farahferer *muka bahagi* Up Town damansara adalah pilihan wajib untuk begunungkan lagi kenangan di situ :)
oke lets me intriduce kepada semua yang mereka ini adalah sahabat sehandal *muntah ! yang bertudung adalah farah dan farahferer, and yang kiut miut sebelah saya inilah cik zira yang baru pertama kali ku ketemu and dahku sendiri pon tak tahu yang cik zira akan join sekaki :) yang penting hendak dinyatakan disini, walau baru bersua muka tapi kami dah bermulut-mulut rancak becerita haha! #ohhsem !

kalau lepak macam berdosakan kalau tak ada entry makan ! haha perut adalah organ yang paling gembira di waktu itu. after that dahku pon bersuara jum la merayau mencari lokasi di bawah lampu nion yang cantik dan bsar gedabak ! boleh bergambor berposing kepala kiri dan kanan kan . celamakk kita la orang paling sopan di abad ini kan kalau bergambor gitu hehe.
farah betol-betol punya perli waktu ni, betol punya besar gedabak lampu and sebesar raja lampu ada dekat sini. mana lagi kalau bukan di tengah kota yang tak pernah tidur tu. lokasi adalah bukit bintang ibu segala kota. celamak muka gila eksaited memasing macam tak pernah pergi pulok :P celamak tahniah untuk kami semua yang semangat cari lampu besar gedabak hanya untuk snap 2 picture haha ! *gelakshaiton*
sbenarnya toksah dok bagi tahu pon korang dah tahu kan kat mana, apa lagi dah tade kerja kan. jum jum kita lawan suara sapa paling ikhlas menyanyi hehe . muka semua semangat menanti nombor giliran di sebut ! ecehh sejak bila pulak pakai nombor giliran dekat KTV Imbi ni *bluerkk !
pe lagi pilih lagu cepat , zira nanti pergi karoke lagi jangan lupa amik lagi aishiteru lgi oke. kite menyumbang sesame ! hehe (i love that song sangat-sangat-sangat la kawan)
haha see ! rasa-rasa muka dahku ni ada peluang tak nak menang muka paling ikhlas bila menyanyi *ambil beldi ni muntah jejauh* :D malam ni rasa macam sekejap gila kan berlaku nya segala kemeriahan tuh. sekejap je dah nak ke tengah yang sangat malam. kalau bukan di sebab dahku morning shift memang kita xkan jumpa rumah malam tuh kan ! haha
alhamdullilah , sebenarnya bila pikir balik betol kata pepatah dulu-dulu, tuhan putuskan kita dengan sesorang sebab dia ade seseorang yang lebih baik dari itu untuk kta. dalam sakit nak lupakan dan buang semua kenangan hitam tu, tuhan hadiah kan saya sahabat yang lebih memahami situasi saya. kadang-kadang betol kata farahferer, aku bersyukur tuhan takdirkan kita berjumpa sebab tukan kenalkan saya dengan kawan-kawan awak . that mean tuhan dah tulis di atas sana yang FarahFerer and ZieraAzreena adalah kawan saya walau sebelum ni kita pon langsung tak kenal sesama sendiri :)


[An Nuur:64]
Ketahuilah sesungguhnya kepunyaan Allahlah apa yang di langit dan di bumi. Sesungguhnya Dia mengetahui keadaan yang kamu berada di dalamnya. Dan (mengetahui pula) hati (manusia) dikembalikan kepada-Nya, lalu diterangkan-Nya kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan. Dan
Allah Maha mengehui segala sesuatu.
Jadi saya percaya kepada semua yang berlaku ada hikmahnya. terima kasih yang sangat tinggi hingga tak tercapai untuk korang semua yang selalu memberi dahku seribu satu kata-kata semangat ! sesungguhnya kita hanya merancang dan segala yang berlaku tuhan yang menentukannya .

yang baik jadikan tauladan dan yang buruk kita jdikan lah sempadan :)
insyaallah #come and BIGhug !

2 comments:

Cik Areen said...

sob sob. *lap ingos ckit*
terharu...

dylalola said...

kesadihan dan kebahagiaan kini melanda la syg ! hehe TQ My dear girl #heart

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola