13 August 2011

kerana kita wajib bersahur :)

rasa lama kot tak jejakkan kaki ku di destinasi yang menjadi pilihan kami sewaktu belum datangnya ramadhan :) betol la kan puasa bukan hanya tahan dari lapar dan dahaga , tapi lebih elok kalau kita boleh kurangkan aktiviti yang selalunya menjadi kewajipan kita . baru lah namanya bertahan dan mengawal hawa nafsu ! ecehh correct me if i'm wrong ya .

dan menjadi kebiasaan jugak yang mata ini memang susah nak di lelapkan , pernah jugak di bawak baring    di letakkan kepala di atas bantal bulu-bulu pink dahku yang gila empuk tuh , ibarat kalau dah tidur tak bangun berbuka dua hari pon tak apa . waah gila berjasa nya bantal peluk dahku itu . tapi mata ni ? tetap tak heran . seluas mana dia boleh bukak seluas tuh jugak la dia akan ternganga haha ! 

apa lagi konon bajed saya puasa habes kan , so ajak lil sys sahur kat selera jaya 223 . memandangkan dia pon tak pernah ke situ . so saya nak suruh dia rasa laksa pilihan kedua selepas laksa jusco ! :) waahh dia pon kate sedap wehh . kan gua da kate nice tapi lu yang tak nak cuba . wahwah rock tak *muntah


tak di sangka ramai pulak wehh orang nak bersahur , tak seperti biasa and kali ni gila penuh dan agak sedikit huru hara , dah macam semut sesat tak jumpa jalan pulang ! mungkin saya suka ke situ atas sebab jugak saya suka melihat gelagat manusia yang berlainan perangai dan tingkah laku tuh , suka suka ! dan entah apa yang best sangat selera jaya 223 tuh , tak ku sangka sebelah table kami rupanya group misha omar .  * anjatt gugurl ! dia nice and tak sombong pon* 

now 5.00 am ! oke la nak tolong mama siap-siapkan sahur untuk penghuni rumah ni pulak . lambat kang tak sempat pulak nak ratah cekedis dan cekodok penyet hehe . selamat bersahur dan berpuasa ye semua :) harap amalan diterima hendaknya #amin ! 

signing off - 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola