08 August 2011

berkongsi pendapat dengan cara penulisan

Apa yang  Dr . dylalola salah seorang  pakar  penyampai motivasi nak berkongsi pendapat dan sedikit bimbingan kepada semua pembaca yang merasa ingin menambah sedikit ilmu di dada , yang bertajuk cara penulisan dan penyampaian melambangkan indentiti diri kita sendiri .  *ecehh pakar habes ler tuh konon*


Rasanya sudah ramai blogger telah menyentuh mengenai perkara ini. Tapi saya tetap nak tulis entry mengenai cara untuk menarik minat pembaca ke blog kita. Alangkah bahagianya jika kita mempunyai pembaca setia yang sentiasa datang mengunjungi blog kita untuk membaca entry terbaru. Sekurang-kurangnya dapat juga menambah semangat kita untuk menulis blog.


Penulisan melambangkan identiti seseorang itu , Setiap orang mempunyai teknik penulisan tersendiri . mempunyai idea untuk menyampaikan sesebuah entry tersendiri . dengan cara penulisan kita pembaca dah boleh melebelkan persepsi diri kita . gedik ke seseorang tuh , mungkin juga secara sempoi atau lebih kepada cara bersopan santun seperti saya


Tetapi apa yang ingin disentuh disini ialah jangan sesekali kita menggunakan bahasa SMS didalam penulisan kita contohnya seperti “syg x dpt join”. Penulisan seperti ini melambangkan sikap tidak serius dan menunjukkan yang kita malas. Mungkin kadang-kadang kita tidak sedar yang kita telah menggunakan bahasa SMS ini. Tetapi untuk mengelakkan perkara ini berlaku semak dahulu sebelum kita post sesuatu entry. 
paling penting biarlah idea yang dikeluarkan dengan idea kita yang tersendiri . elakkan dari meniru cara penulisan blogger lain . setiap blogger pasti ada blog kegemaran sendiri . contoh setiap kali online kita pasti nak blogwalking singgah membaca di blog yang kita admire . tapi bukan atas alasan kita adalah followers terbaik blogger itu dan kita boleh meniru setiap ayat , idea atau penulisan si blogger itu . *kurang manis kan* tak salah kalau perah sedikit urat otak kita sendiri untuk menghasilkan entry terbaik dari kita meniru atau bahasa saintific nya copycat ! (ecehh konon entry saya dah terbaik mungkin) *sila la muntah ! :P


ada ke salah sorang pembaca saya yang meniru cara penyampaian saya ? *thinking* (ecehh saya ada pembaca ke) apa-apa pon selamat berkongsi idea dan memerah urat otak untuk menghasilkan panulisan dan penyampaian yang terbaik . harap pembaca saya bukanlah si copycat (sambil intai kiri dan kanan)
Stay AWAY from me bitch copycat ! 
 renung - renungkan la dan selamat beramal *senyum 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola