08 May 2011

♥♥ mungkin kerana mata ♥♥

mata yang melihat memberi mesej kepada otak untuk mentafsir. mata yang melihat, memberi isyarat kepada hati untuk menyayangi. mata yang melihat menyeru kepada hati agar melakukan kejahatan. semua dari mata.

harus lah aku berhati-hati memandang dan menilai. kerana mata dan hati lah aku jatuh hati, akhirnya terluka juga kerana dia bukan lah orang yang tepat. ouhhh ayat ini sungguh jiwang berkarat-karat ! *muntah jum :P dan dari pandangan pertama sudah membuat aku tertarik? percayakah manusia sekarang dengan cinta pandang pertama?

mata kau yang melihat, mata kau yang memerhati. apa yang kau nampak jangan cepat ditafsir, bimbang kau salah perkiraan. jangan mudah membuat spekulasi dan memberi alasan serta menyebar cerita. terima kasih.

mata ini sememangnya belum bisa lupa cara kau merenung aku !
*sememangnya mata ini juga sedang bersedih

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola