26 January 2012

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Kenali Kelebihan Diri Kita

Assalamualaikum ..


ecehh sekarang dah pandai bagi salam lepas kene perli habes dengan manusia bernama kawan tadi. mana tak nya kalau saya bbm dia dengan sopan nya tapi dia reply dengan teguh nya,


me : pundek , mana kau ?

kawan : w'salam .. kat rumah je

me : #&^@$^? = padan muka diri sendiri -,-"


haha jangan amalkan selalu okey !


Tak tahu la samaada, ada yang perasan atau tidak yang saya tiba-tiba berubah jadi seketul manusia yang gila malas untuk typing. Belog sendiri langsung tak jenguk. Entah ada penghuni yang setia menjenguk lagi ke tidak kan.


Mengaku yang diri sendiri memang tak boleh ada banyak belog, sebab kalau selalu update yang senun. sampai yang sini malas nak jenguk. Rindu kat belog cgulaatey ni. sangat mengaku -__-


Mungkin salah satu sebab musabab nya kenapa. sebab terasa yang belog yang senun lebih privacy dari yang sini. kalau yang senun nak mencarut apa pon orang tak kisah :)


okey dyla dah boleh berhenti membebel. Dengan kadar serious nya nak bagi tahu seluruh umat kengkawan terdekat bahawasanya hati ini tak boleh nak tipu, rasa rindu dekat kalian semua amat berbunga-bunga dalam hati ni. Tak percaya belah lah dada ni tengok la hati yang penuh dengan taman bunga. muahaha !

Tapi mungkin tuhan nak hadiahkan saya kengkawan yang baru. Kengkawan yang lebih memahami dan yang lebih senang untuk di bawa berunding. Syukur tuhan memahami isi hati hambanya yang kudus ini. okey stop! haha !

rakan seperjuangan :)


Kalau nak dikatakan tempat kerja dulu dengan sekarang tak sama. okey memang sangat tak sama, bukan setakat enviroment tapi cara kerja automatik terus bertukar.


Kita tak boleh la mengharap semua tempat kita pergi semua sama, nak kawan yang sama jugak, nak boss yang sama jugak. Kalau macam tuh dah tersalah pefahaman. Kalau nak semua sama sebab tak berani menerima perubahan, jadi baik letakkan diri sendiri tuh dekat tempat yang sama jangan move on langsung :) #mudah


Bila dihitung dengan jari jemari tangan dan kaki, macam tak percaya yang aku dah ulang alik pergi kerje ke OneWorld tuh genap tiga bulan. Macam nak hempuk diri sendiri ni dengan batu bata pon ada, sebab perasaan tak pecaya tuh terlalu kuat. muahaaha!

Rasanya Nerbes yang dulu macam tak hilang pon lagi, berpikir dekat hampir 150juta kali nak berhenti Eastin ke taknak. Sebab apa sebab takut tak boleh bawak diri dekat tempat baru.


Sebab takut tak dapat teman sehebat nurain mahupon faasha. Sebab takut tak dapat kakak yang kuat membebel macam Racheal mahupon kak hawa. Sebab takut tak dapat teman kuat menyakat macam syed mahupon panjang takpon hafiz. sebab takut tak dapat boss yang gile tak betol and always make me laugh macam Ms.Evangeline. Paling tak sebab takut tak dapat bellman or jockey yang gila dan gila macam yang gila tuh semua :) hihik

Tapi kita pon kena ingat kan, macam mana kita nak dapatkan kejayaan tuh kalau kita sendiri masih tercari-cari kebolehan dalam diri kita. AMAT la rugi kalau kebolehan yang kita ada tapi kita tak pernah menggunakan nya dengan sebaik nya :)

Nasihat untuk diri sendiri : Setiap orang pasti diberi anugerah berharga iaitu bakat dan kebolehan yang tersendiri. Cuma bagaimana kita mengenali kelebihan dalam diri kita. Jika kita sudah mengenal pasti kelebihan itu, percaya lah kita mampu berjaya dengan kelebihan dan bakat yang dianugerahkan oleh Allah :)


Teruskan Usaha dyla, tingkat kan semangat. ecehh ! kenapa tiba-tiba bermotivasikan diri sendiri ni muahaha!

pesanan terakhir, apapon yang terjadi saya tetab rindukan mereka #BigHug


ikhlas :

EX staff Eastin Hotel Petaling Jaya

#Dyla

08 January 2012

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com pengalaman dan kenangan 2011 :)

waktu menaip ni jam menunjukkan 3.30am. masih tak boleh pejam mata dengan bermimpikan anak tekak disulam lembut dengan cokelet Snickers, sambil badan di buai-buai manja di tepian pantai. Oh demn itu adalah mimpi yang paling ohhsem tau ! Tapi malang bukan saja mata, tapi hati tetap masih cergas memikirkan sebarang apa pon yang terlintas.


Hmm. Sementara tak boleh tidur ni, apa kata kalau dyla keluarkan album yang berabuk teruk dalam hardisk kecintaan ni. Tetibe terasa macam nak berkongsi cerita dan berkongsi berjuta lemon gambar untuk tontonan sendiri. muahaha!

Taaraaa ! saya suka ukiran ice ni. Cantikan :)


Red and White annual Dinner. Okey staff party yang ohhsem walaupon saya dapat lucky draw yang langsung tak ohhsem. *tak reti bersyukur* hoho. Funtion berjalan dengan jayanya dengan kerjasama semua staff yang langsung tak berkira & mengeluh :) hamboii amek hati kemain =p

Malam merah putih, sumorang buat mata saya jadi terkehel terkeluar dari posisi mata hitam sendiri. dengan ballroom yang di setting segala warna merah dan putih. Dan bile tengok semua staff cantik-cantik belaka malam tuh dengan berpakaian merah mahupon putih. Ternyata cantik belaka cipataan tuhan di muka bumi ni, ingat dyla sorang je yang cantik dekat muka bumi ni muahahah !

Malam tuh adalah malam merah buat saya. Kunun dengan warna merah nampak cam pengganas perang dunia ke-3 la konon. tapi taknak nampak sangat macam muka nak pergi berperang, saya selimut diri dengan lembut dengan shawl putih yang membuat saya nampak kegadisan ayu terakhir. muahaha! sekarang dah boleh muntah =p


Malam merah putih lebih berseri dengan kehadiran segelintir artis yang memeriahkan lagi suasana :) bukan la Selena Gomez mahupon Alexandra Stan penyanyi lagu Mr.sexobeat kecintaan ku tu. tetapi tuh pon dah cukup buat saya rasa nak meloncat-loncat terguling-guling lalu bergulung-gulung di tengah ballroom tu sebab nak berduet dengan Awi Rafael punya pasal. muaahaha ! #kebatakkan so what? :)

rasa tak nak kelip-kelip mata bile time Awi Rafael nyanyi lagu 'Pulanglah" :D

kami sedondon kan ? tak cakap pon dah tahu -_- hoho !

Didi la penyeri segala ruang waktu, dengan mulut leser lagi melepas dia tuh buat kitorang satu ballroom tergelak sampai tercampak anak tekak tahu. muahaha !

Tak pasal-pasal semua orang kene bangun berlanggar-langgar satu sama lain nak pi kutip anak tekak masing-masing semula. hoho -_-


Mula-mula ke-eksaited-an dyla memang terselah, bila tengok wahh banyaknya makan sedap-sedap ade ice-cream, ada semua tapi cekelet snickers je takde -_- tapi makin lama nafsu makan tuh makin berkurangan bila dia berlawan dengan nafsu berposing bajed retis pilihan. muahaha!


Dah la entri dah tamat, korang baca je la apa yang saya nak sampaikan menggunakan bahasa gambar dekat bawah ni semua eh :) malas nak type muahaha ! okey lupa na bagi tahu, saya tak sempat nak keluarkan busines card saya time Awi Rafael mintak nombor telipon saya -_- muahahah!

okey bye :)

02 January 2012

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Bertahun Baru Berazam

Rupanya dah masuk ke tahun baru pon kita. dah duk hidu udara 2012 dah kan. dah duk tengok cahaya matahari 2012 dah *padahal sama je* Tak sempat nak makan laksa lagi puas-puas, tahu-tahu je dah di abad baru pon kita semua. Cepatnya masa berlalu


Niat di hati yang ikhlas lagi kudus ni nak capaikan azam yang dah di list kan dalam diary terbaru :) Nak list kan nanti senang nak tick kan tanda right pada yang dah dilaksanakan dan juga tanda pangkah pada yang belum di capai hajat. ecehh konon kan padahal tahun lepas pon banyak yang ter-eksiden -,-


muncul je tahun baru automatik kenaikan umur menjadi semakin tinggi, hingga ada sampai mencecah ratusan tahun wuhuu. Tapi ada juga manusia yang berlagak cool, konon perasan diri tuh muda lagi kan, macam saya muahaha !


salah sorang kawan kepada #lelakimasadepan tujukan soklan yang tak perlu saya nak buka buku teks pon, "Dyla umur berapa eh?" okey dengan sepantas kilat toksah nak duk berpikir terus jawap ...


"Dyla 21 this year" -,-" hamboi serious perasan muda kemain ! haha !

"sorry wehh sorry lupa lupa, aku lupa yang aku dah 22 rupanya. muahaha!"


Apapon dengan peningkatan umur ni jugak, harap meningkat jugak la cara pemikiran kita semua =) berfikir la secara rasional. orang yang beazam dan berimpian ni sesungguhnya lebih bagus dari orang yang hanya ikut rentak hidupnya . Tapi jauh lebih bagus andai disemat sekali dengan usaha :)


kesimpulan nya : saya nak kata saya bagus sebab saya memang terlalu banyak impian (azam) Tapi jauh lebih bagus tuh belum pasti hihi. korang jugak mungkin boleh jadi jauh lebih bagus , jika berazam dan terus berusaha =)


Happy New Year 2012 !
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola