29 December 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Layan Lagu kecintaan

Harini habes kerja pelik dari orang lain. Pukul 2am baru terkedek-kedek turun locer tukar baju. Dengan semangat nak cepat sampai rumah, nak peluk erat bantal bulu-bulu pink, nak selubung diri dengan selimut gebu, sampai terlupa lampu kereta tak on. Dan seperti biase seat belts yang sememangnya tak pernah digunakan.


Tahniah, kali ni jugak la kau nak buat roblock konon besar-besaran kan -_- Saya di arah ke tepi jalan raya.


After That ..

Bla bla bla .. nanti la saya cerita apa kesudahan nya.


Jum layan lagu kecintaan ni jum ! lagu memberi seribu makna dalam hidup saya *kesat air mata*

okey bye !



I can be tough i can be strong
But with you it's not like that at all
There's a girl that gives a shit
Behind this wall you just walk through it


And i remember all those crazy things you said

You left them running through my head

You're always there you're everywhere

But right now i wish you were here


All those crazy things we did
Didn't think about it just went with it
You're always there you're everywhere
But right now i wish you were here


Damn damn damn

What i'd do to have you here here here

I wish you were here

Damn damn damn

What i'd do to have you near near near

I wish you were here


28 December 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Cinta si Tutti Frutti !

tahukah anda bahawasanya manusia mempunya lain-lain minat mahupun kecintaan terhadap makanan dan juga terhadap seseorang. ecehh cerita macam nak buat wawancara kan #muntah !

okey mulakan mengomel dengan gambar tutti frutti kecintaan !


harus ada keiklasan 100% pengakuan,yang hujung tahun yakni di bulan December penutup segala tahun ni, saya dah berhempas pulas sedaya upaya melayan kehendak isi perut sendiri =) Apa lagi kalau bukan bertutti frutti dengan segala umat kesayangan !

Berasa beruntung dapat kawan yang gila sekepala! Dah lama dah tahu, tapi baru harini nah dedahkan kepada semua kaum. hihik :D pentingnya kalian dalam hidup bagai pentingnya tiap minggu nak kena singgah tutti frutti tahu ! Korang pelbagai ragam, sama je dengan tutti frutti pelbagai flavor =p

Nampak tak kesengalan kami di situ ! muahaha ! Mengakui selama saya bukan lagi bergelar Pekerja contoh Eastin Hotel, jarang sekali dapat meng-free kan diri lepaking with kengkawan macam dulu, tiap saat dan ketika pasti bersama kan ! wehh serious dulu kita semua #ohhsem ! Rindu saat segila *lap air mata*

Tak kira paksa diri jugak nak hanging-Out bersama, biar badai datang melanda asal kau ku temui ! ecehh ! Rindu dah tak bisa di pedam lagi. Than bila dah bertemu kembali, cenggini la jadinya. Nak mengaku di sini, sebenarnya kami memang #sweet tahu ! haha. tak percaya couple la dulu. Muahaha !

Dengan saksi cinta si tutti frutti, harap persahabatan kita selamanya terjalin =) walau kau dan aku kini tidak bersatu jasad, tapi hati kita selalu dekat kan kan ! *cepat angkat tangan ikrar* ecehh

walaupon kita jauh di mata Dyla pasrah dengan ujian ini. Redha itu ikhlas menerima, pasrah tu, berserah! kata Mila Ombak Rindu. oo. maaf. mood Ombak Rindu tak habis lagi.

27 December 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com cabaran hidup !

Mana yang bergelar pelajar tuh duk terkumak kamit mulut membebel penat pegang buku setinggi gunung Kinabalu nun. kononnya nak kerja, nak kumpul duit sendiri lagi best kan kan, boleh beli sambil main petik-petik jari tepi kedai nun.

Nak ape je boleh dapat kan, toksah pening-pening kepala nak pikir guna duet PTPTN kan, kalau guna tak ketahuan hala kang, nanti dah kene bayar pulok. Inilah isi hati seorang yang masih bergelar pelajar.

Tapi lain pulak cara pemikiran si tukang kerja ni hah. Memang perlu akui yang berkerja memang seronok, toksah pikir nak buat esaimen, toksah pikir nak berjaga tengah malam bila tiba musin peperiksaan. konon apa saje yang kau nak kau boleh dapat kalau pandai manage duet kan.

Dusta lagi auta semua tuh, sebenarnya kita manusia ni kene pandai bersyukur. Sebab kita ni tak pernah nak bersyukur dengan ketentuan Allah la kita jadi rasa serbe kekurangan, nak jugak hidup tuh ikut cara orang lain. *basuh diri sendiri*
Dekat sini dyla nak berikrar, nak mengaku bile dapat pegang duet sendiri tuh memang seronok, nak pulak bila cukup bulan salary nak masuk, bila semua berpusu-pusu ke ATM check duet sambil minda tak ketahuan hala pikir bulan ni nak shopping kat mana pulak -,-

dah biasa da ;|

Tapi korang tak tahu besar mana pulak cabaran seorang pekerja ni, hari-hari ada je kerenah orang sekeliling. mana yang duk dalam ofis tuh, rasa macam nak sepuk-sepuk perah otak, mana yang kerja duk mengadap guest 24jam macam saya ni, dengan kerenah guest yang kadang-kadang buat darah saya melebihi paras yang ditentukan. aisemen !
Harini sampai demam, terus buat keputusan ke clinic amik ubat. alhamdullilah dapat MC gara-gara doctor kesian tengok muka saya yang lemah, sambil hidung penuh dengan hingus, dan tekak tak berhenti-henti batuk mengalahkn atuk yang berumur 80-an nun -,-

dengan kondisi badan yng lemah ni, doctor nasihatkan saya kene banyak berehat, mungkin akibat kerja yang terlalu stress buat saya jadi macam ni. dah macam manusia yang kurang vitamin C -_-

Apapun perlu saya akui di sini, hidup bekerja memang sangat seronok andai cukup rehat yang diperlukan :) jadi selamat mengamalkan cara hidup yang sihat !

25 December 2011

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com ber-ice keting ! #ohhsem

menjadi manusia yang sedar pada diri, sambil angkat tangan belah kanan separa ketiak sambil mulut terkumak kamit mengakui bahawasanya dalam masa yang terdekat dua tiga dekan ini, saya banyak menghabeskan masa lagi taburkan duit di keliling shopping mall
mengaku -,-

entry dengan sratuslimaploh juta gambar ;|

Kalau tak percaya sila la ke bahagian bawah tanah, banyak tau saya tinggalkan duit bersama tapak kaki hoho. Okey STOP menarut ! :)
Nak bagi khidmat nasihat free tanpa ada caj bayaran, pada siapa yang kurang pengalaman main roller blades, dinasihatkan jangan sesekali cuba ice keting kalau taknak jadi nagka busuk di musim sejuk ! muahaha !
Hampir bertahun meninggalkan pengalaman pertama ber-ice keting, kini percubaan kedua bersama new *kelik yang gila the ohhsemm okey :) serious korang tak pernah bosan, eventho berkali-kali kerja dan keluar adalah spesis muka yang sama hihi.
#PelukCiumKalian -_-

Sebenarnya ni dah masuk pukul 1pagi, sekejap lagi dah nak kena bangun balik because im on morning shift -,- So tak boleh nak bermadah lagi berpantun pepanjang. see you guys ! okeybye !

16 December 2011

Patah seribu - Shila Amzah

feveret lagu kecintaan !

Walau kau tiada di sini
Ku tetap ingat semua pesanmu
Ku hidup seolah-olah kau masih ada
Bisikan kata kepadaku
Bilakah kau akan utuskan surat buatku
Aku terus menunggu tibanya kata cintamu
oh.. patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Biar pergimu tanpa relamu
Namun hatiku tetap rasa
Kejamnya kau meninggalkanku dengan nota-nota
Cinta buat kita berdua bila kan ku bisa menerima ketiadaanmu
Kan ku bakar semua hapuskan semua kenangan
Patah seribu hatiku
Bila mengenangkan segala yang kita bina bersama
Haruskah ku lupa kerna engkau telah pergi
Sayangku mohon padamu

Segera tinggalkanku
Pergilah kau ke tempat yang kau tuju
Pasti ada hikmah buatmu dan juga buat diriku
Pergilah…



14 December 2011

Invitation Annual Dinner One World Hotel with Red And White Theme

Theme : Red and White

Date : 15 Dec 2011, Thursday

Time : 06.00 pm - 12.00 am

Location : Topaz Ballroom, One World Hotel


Okey serious tak tahu nak cakap macam mana, Eksaited atau kurang berkenan ke saya ni, kita nantikan kemunculan nya esok okey. ecehh ! suka bajed retis kan. bluerkk ! bye! =)

http://www.cute-smiley.com http://www.cute-smiley.comhttp://www.cute-smiley.com Tuhan Tolong lembutkan Hati Dia

Hamboi, Lame bebeno dah rasanya tinggalkan belog cgulaatey ni. Ini la yang dikatakan *habes madu sepah dibuang* peribahasa orang zaman lampau memang pon boleh diguna pakai buat recycle sampai kejaman ni :) Konon berlagak ada belog baru, yang lama langsung ditinggalkan nya.


Nampak tak saya tuan yang kejam -_-


Sementara ada mood nak bercerita ni. sambil tak ada bende penting nak buat, selain duk puntal-puntal hujung rambut nun. Apa kata kita berkongsi perasaan tentang movie yang terhebak untuk musim ini =)


"Cinta tu tak kejam, tapi kita yang tak menghargai cinta"
izzah Ombak Rindu


Okey siapa yang melanda demam *Ombak Rindu* atau terjangkit-jangkit dengan saya nun, dia mesti sepantas kilat dapat agak ayat nun di atas paksi tu =) sekarang hidup saya dihempak kuat lagi mampat dengan movie ter-Best di abad ini. Ombak Rindu Sebab hero nya Aaron Aziz dan heroin nya Dyla Fadila dan Maya Karin. Hebak tau Dyla Fadila tu berlakon, betol-betol menjiwai watak. Sesuai dengan Aaron Aziz tu


Seperti biasa. nak jugak dyla ni pon -_-


Walau sekalian penduduk alam semesta dah bagai nak tertonjol biji mata baca mahupon menonton filem ni. Dyla dengan selalunya berpendirian tegar nun, nak jugak cerita ! Tak kira !


Assalamualaikum. Cool sikit okey, saya pon hari pertama keluar filem Ombak Rindu, saya terus kejar panggung wayang tau, bukan awak je. ecehh. Sumpah! ramai tak ketahuan hala selonggok manusia duk beratur panjang semata-mata nak tengok aksi lakonan saya. Hamboi, terharu saya dibuatnya #muntah!


Namun, bila dirembat dengan filem Ombak Rindu ni, terus terkudus hati nurani ni. Hampir separa kotak tisu dyla habeskan tuk lap air hidung jugak air mata yang mencecah lantai. Serious mengaku memang diri sendiri tak cool langsung waktu tuh -_-


soundtrack pulak, kepada semua warga lelaki yang hensem sekalian, kepada lelaki cinta mati sampai kubur ku, kepada lelaki yang dah bukan cinta mati ku lagi, kepada lelaki yang bakal menjadi cinta ku dikala suatau hari nanti. Dyla dedikasikan lagu kecintaan ni khas buat kalian wahai insan bergelar lelaki -_- eecehh ! #muntahsebeldi!


Adira Feat Hafiz : Omabak Rindu


dengan ini, Dyla nak mempersempahkan ayat-ayat yang manis nya bagai terkandung 150juta kg gula. Yang selalu buat saya tak boleh tidur malam, mandi pon langsung tak basah. sebab tak bukak-bukak paip duk berangan. muahaha!


Kalau putus cinta : Cinta tu tak kejam, tapi manusia yang tak menghargai cinta


Kalau jumpa lelaki cinta mati (Aaron Aziz) serta merta dyla nak cakap : Awak ! tolonglah nikahi saya, tolong lah awak !


Kalau tak ketahuan hala yakni ditimpa musibah : itu bukan redha, itu pasrah namanya. Redha itu ikhlas, Pasrah itu mentyerah


Celamak ! wa hafal der. Nampak tak wa memang bangga dengan cerita ni. korang ? =)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

copyright © typing is done by , dylalola