Sebelum memulakan entry tersedih di abad ini, meh sini aku jamu korang dengan Angry Bird muffin kecintaan ini. Serious waktu dapat sekotak muffin tercomel ni, aku rasa macam nak sepuk diri sendiri. Konon terkejut lettew dapat hadiah sebegini rupa. Gila kau tak terkejut. Ada Angry Bird kecintaan kot atas muffin ni. Siapa tak suka baik pergi klinik check. Takut ada masalah perasaan terbeku. muahahaha !
Antara staff yang gila, tak pernah sehari kalau tak ganggu hidup aku. Korang best wehh wa kate lu =)
Okey, perkenalkan barisan colleague kecintaan aku. Mereka semua gila the ohhsem ! untuk sesiapa yang tak percaya, sila la masuk Eastin, korang pasti akan dilayan dengan penuh kasih sayang. Mungkin juga sampai korang tak nak balik rumah. Nak kerja dari pagi ke petang, dan petang bersambung ke malam tahuu ! muhahaha
Tak boleh lupa waktu konon aku kene buat ucapan depan korang semua, wahh sumpah waktu tuh memang saat ketandusan idea untuk berkata, tapi air mata je yang mampu berlakon depan korang semua, muahaha ! Tak malu la dyla, tapi waktu tu tanpa arahan, air mata mogok nak keluar meraikan farewell tuh sekali -_- Dan bila sahabat baik, yakni Ain dengan Faasha pulak kene buat ucapan, konon memberi semangat lettew. Dengan serta merta, air mata terus bekejaran nak keluar lagi laju. Mencik mata !
Pesanan air mata yang aku nak sampaikan, hope we still keep in touch okey, tak kira la even aku bukan lagi bergelar staff Eastin. Tapi aku akan senang sentiasa akan luangkan masa dengan korang walau apapon! Kalau sapa-sapa lupa aku, jangan tanya kenapa aku sepuk muka korang okey -,-
Selama kewujudan aku di Eastin, ku akui korang selalunya layan kehadiran aku dengan penuh tangan terbuka. Dan tak nafikan kita semua dah pon ibarat adik beradik, Eastin pulak ibarat rumah kedua untuk kita semua, tak mungkin aku akan lupakan semua tuh dalam sekelip mata. *kesat air mata*
Byee korang semua !
#BIGhug
No comments:
Post a Comment