sementara nak menanti trip to portdickson part two yang masih tak menjadi and masih dalam perancangan, biar saya ber-bismillah dulu la dengan trip portdickson part tidak dirancang ni haha ! (semangat ber PD siapa nak jawap!)
kuala lumpur ibu kota yang sudah membosan bagi remaja yang gila membuang masa macam kami memang dah lumrah memasing tak tahu mana lagi ceruk yang istimewa dekat KL ni. lastly bila sorang dah bersuara plan di luar jangkaan yang lain pon ter-shot hand up tanda setuju :)
with nurain sahabat se-organ #heart
before bertolak dah bbm farah awal-awal lagi. *boleh tak saya tidur dalam perjalanan nanti? gila tired wehh baru balik kerja pulak #damnohhsem
gadis pinggiran yang sekadar di pinggiran haha! katanya nak tidur, tapi jangan harap la bila tajuk gossip kali ni bergunung mencecah ke langit biru wehh !
bersama-sama mereka yang bersusah payah lap peluk nak selamat sampai ke destinasi. mereka juga adalah yang kuat tambah lauk (paham sendirila) haha !
sesampai je terus cari makanan untuk dihidangkan makan malam tuh. try satay dye lah. sebab ain kata satay dia not bad (nasib baik sedap sebab lapar kalau tak cepuk ain) bluerkk :P
kitorang bukan la makan kat kedai tuh, tapi wat keje tak betol nak makan di tepian ombak pantai. semangat abes wehh konon nak bukak khemah, tapi bila sesampai bentang je khemah tuh macam tikar terbang haha! janji khemah jugak la nama alas tuh :P
setelah habes 25 hinggit satay di telan, sebegini la keadaan kami yang terlentang tanda kau juara makan satay di abad ini haha !
hand up siapa nampak yang aku dengan ain terus jadi orang ter-kedil di abad ini pabila bergambor sebelah mereka-mereka bertubuh model ni. memasing tinggi menggunung. kesian kami ter-kerdil tercomel pulok *muntah sebeldi !
entry panjang melebar sampai ke jalan seberang sana ni sebenarnya nak bagi tahu yang saya sayang kawan-kawan saya tuh je. haha ! macam lah tak boleh bbm je bagi tahu yang kau sayang dorang kan kan *tutupmuka* sahabat akan kekal untuk mereka yang pandai menghargai sahabatnya sendiri.
berkawan bukan kerana rupa, bukan kerana harta mahupon kerana pangkat dan bukan kerana si dia glamorous yang awak cari. TEPAPI berkawan biar la ikhlas dan paling penting terima setiap seribu satu kelemahannya. kawan bukan untuk dibandingkan dengan diri sendiri, bukan untuk merasa megah dengan diri sendiri tetapi berkawan atas dasar keihklasan adalah aset pertama untuk terus berkawan.
sayangi sahabat anda sepertimana anda menyayangi diri sendiri. sebab kekadang kita mudah lupa yang kita hidup masih memerlukan SAHABAT . #sayang awak sahabat
*BIGhug !
2 comments:
mencik mencik mencik!
TANAK KAWAN!
kita nakk minta sorry ni ! awak bagi tak? :D
Post a Comment