kalau aku dah merajuk . ku pergi jauh-jauh . kau panggil pun aku tak jawab, kau cari pun takkan jumpa .
*satu pintaku .. jgn sakiti hati ini ..
Kehidupan akan mengajar orang lebih dewasa dan mengenal erti kaseh dan sayang ..
namun kehidupan kadang kala tidak jujur pada diri kita ..
benarkah?
maafkan aku kerana seperti cuba melarikan diri daripadamu ..
namun terlalu banyak perbezaan antara kau dan aku ..
mungkin kita terlalu awal mengikat kasih antara kita ..
mungkin kita mengikut nafsu dan jiwa remaja ..
mungkin aku bukan yang terbaik untuk mu ..
tapi kini baru ku sedar ..
bukan semua yang kita impikan akan kita dapat ..
aku tak mampu untuk bertahan ..
aku tak mampu terus menanti ..
kau sering menyepi ..
aku bukanlah seperti mana yang engkau fikirkan ..
hidup ku terlalu penuh dugaan dan banyak cabaran ..
kau takkan bisa menghadapinya ..
kita terlalu berbeza .. maafkan aku ..
bukan niatku melarikan diri daripada mu ..
namun ini untuk kebaikan dirimu ..
usah mencari aku lagi ..
biarlah aku derita sendiri ..
tanpa dirimu ketahui ..
luar andai kau bertemu aku ..
alihkanlah pandanganmu ..
aku takkan terasa .. itu lebih baik ..
dari aku terus menangiskerana terlalu menyintai dirimu ..
No comments:
Post a Comment